Thursday, June 26, 2014

My Crush My Husband _4

Seperti biasa Zahara  akan mengambil tempat duduk bersebelahan dengan tingkap. Senang sikit dia menghirup uddara segar, mengelamun di luar kelas. Memerhatikan seseorang tu . Seseorang tu ?
Azairee . Hampir jatuh rahang Zahara apabila melihat lelaki itu masuk ke dalam kelas dan duduk selang sebaris dari Zahara. Nasib baik Safiza duduk bersebelahan dengan Zahara , kalau tidak kemungkinan besar Zahara akan tertangkap ketika memerhatikan Azairee dalam diam.

"Yes!" Zahara senyum lebar lalu memegang tangan Safiza dengan erat. Safiza mulai tergaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Dia menggerak-gerakkan bahu Zahara sekaligus membuatkan dia tersedar dari lamunan.

"Apa yang yesnya? Oh... kau stalk Azairee ek?" serta merta wajah Zahara yang bujur membahang kepanasan. Dia menelan liurnya . Kelat . Zahara hanya tersengih kelat lalu mengetap bibirnya.
Ma... mana ada,aku kata yes se... sebab akhirnya kita dah jadi budak menengah atas. Ah tu la yesnya hehehe.." Tergugup gagap Zahara memberikan penjelasan kepada Safiza.
"Hmm yela tu Hara oii!" keluh Safiza lalu menulis nota yang diberikan oleh cikgu di papan putih. Zahara hanya memerhatikan Azairee dalam diam sebelum menulis nota yang diberikan oleh cikgu. Kadang-kadang Zahara tertanya-tanya adakah dia sudah berpunya? Adakah dia mempunyai motif  tersendiri
dengan layanan yang diberikan Azairee kepada dia? Hampir empat tahun Zahara terperangkap dalam dimensi cinta. Cinta ? Cinta dan suka ? Zahara binggung dengan perasaannya sendiri.

Hampir setiap hari Zahara memerhatikan dia dari jauh. Hampir setiap hari dia tertunggu-tunggu agar Azairee membuka mulut bercakap dengannya. Hati Zahara tidak bermaksud untuk menunggu Azairee berbicara dengannya . Zahara cuma rasa takut dengan layanan yang diberikan kepadanya. Dia pernah berasa kecewa kerana menyukai seseorang suatu ketika dahulu. Kenangan itu terimbas kembali saat hamba Allah itu melafazkan kata cinta kepada dirinya. Mulutnya ingin melafazkan bahawa dia menyukai lelaki itu. Namun kata-kata itu tidak dapat dilafazkan apabila dia hanya mengatakan bahawa dia menyukai Zahara sebagai seorang sahabat. Mulai hari itu, dia takut untuk jatuh cinta sekali lagi.

"Kau yakin ke nak ikut Pidato ni? Suara kau kan kecik macam semut. Nanti..." Zahara hanya tersenyum mendengar omelan Aina. Zahara sendiri tidak menyangka bahawa dia sanggup mengikut pidato sempena Hari Kemerdekaan. "Ala , aku yakin aku boleh buat. Korang jangan risau lah.Aku janji aku akan buat yang terbaik untuk kelas kita. Ok." Sebuah senyuman diberikan kepada rakannya.

Hari yang dinantikan telah pun tiba. Tercalit rasa gugup dalam dirinya mengambil bahagian dalam pertandingan sebegini. Namun dikuatkan dirinya untuk mengambil bahagian. Zahara mencari satu sudut yang tidak begitu riuh untuk menenangkan fikirannya. Sebuah bangku yang terletak berhampiran sebuah makmal komputer menjadi tempatnya menenangkan diri.

Teks pidato yang berada di tangannya dihafal. " Aku harus buat yang terbaik untuk kelasku."Gumam dalam hatinya. Latihannya sedikit tergugat apabila sekumpulan lelaki mulai membuat bising. Satu keluhan berat dilepaskan. Dahinya berkerut menahan kemarahan. Zahara teringat kata semangat yang diberikan oleh Safiza dan Aina juga rakan sekelasnya sebentar tadi. Membuatkan kemarahannya semakin reda. Pasti mereka sibuk membuat persediaan untuk persembahan koir sebentar lagi.

Alamak dia. Dia lagi. Zahara makinkalut melihat kelibat Azairee berjalan ke arahnya bersama sekumpulan lelaki sebentar tadi. "Kawan dia, bukan main banyak.. Oh kiranya budak top la dia ni." Zahara menduga.  Hampir lapan bulan mereka berada di kelas yang sama. Sekalipun Zahara tidak pernah melihat kelakuan nakalnya seperti dahulu. Perasaan suka dalam dirinya semakin bertambah apabila melihat Azairee sentiasa
berminat untuk mendalami agama islam dengan lebih mendalam. Zahara suka melihat Azairee, dia sentiasa berkongsi ilmu bersama dengan rakan-rakannya. Tergaris sebuah senyuman  dibibir Zahara apabila terkenang sifat baru jejaka itu. Sedikit sebanyak ciri-ciri lelaki yang Zahara  suka ada dalam diri Azairee.

"Kau ambil bahagian ke?" Lamunannya mati sebaik melihat Azairee yang bersongkok hitam dihadapannya . Hampir jatuh rahang Zahara mendengar soalan yang diajukan sebentar tadi.

"Ya...sa.. saya i...ikut pidato." Tergugup gagap Zahara menjawab. Mata mereka bertaut. Segaris senyuman terukir dibibir Azairee. Zahara segera mengalihkan pandangannya ke arah lain. Dalam sejarah hidupnya, kali pertama Azairee bersuara kepadanya. Zahara menundukan wajahnya lalu mencubit tangan kirinya. Ini realiti... ini yang Zahara tunggu selama beberapa tahun. Satu saat... sepuluh saat. Dia masih belum berganjak dari situ. Perlahan-lahan Zahara mengangkat wajahnya, sekali lagi mata mereka bertaut. Senyuman masih terukir dibibirnya. Aduh, mamat ni dah kenapa. Zahara menelan liurnya. Kelat. Hampir sesak nafas Zahara dibuatnya. Mengikut detik yang gadis itu kira hampir dua minit dia berdiri dihadapan Zahara dengan senyumannya yang menggoda. Rakan-rakannya sudah jauh meninggalkan  dirinya yang masih tercegat berdiri dihadapan.

Dia masih dengan gayanya yang persis seorang model tidak bertauliah. Dengan tangan kanannya yang diletakkan di dalam saku seluarnya dan tangan kirinya yang diletakkan di bawah dagu sambil memerhatikan Zahara yang duduk di sebuah bangku.Ambil kau Zahara bukan ini ke yang kau nak. Azairee mengaru-garu keningnya yang tidak gatal lalu tergelak kecil. Makin cair Zahara dibuatnya.

"Huh, lawak betul la kau ni. Suara kecil macam kau? Boleh terfikir nak ikut pidato ni? Hergh boleh menang ke?" Sindiran? Luluh hati Zahara mendengar sindiran Azairee. "Lawan la Zahara, kenapa kau lemah dengan dia. Lawan la macam mana kau selalu buat dekat lelaki yang selalu kacau kau selama ni." Salah satu sebab Zahara tidak ingin bersekolah di sekolah campur. Dia tidak ingin kecewa buat kali kedua. Kedua belah tangannya digenggam. Anak mata Azairee direnung tajam olehnya.

"Ha, sini pun kau." Kitaorang asyik tertunggu-tunggu kau je nak buat latihan koir." Farid,selaku ketua kelas mereka membuatkan renungan Zahara mati. Senyuman dibibirnya belum hilang. Farid menepuk bahu Azairee menyuruhnya segera berganjak dari situ."Hara!" Zahara mengalihkan pandangannya ke arah hamba Allah yang dihadapannya. "Good Luck!" Kata semangat dibrikan kepada Zahara meskipun pendek. Dia memang pelik, baru sebentar tadi sindiran diberikan kepada Zahara.
Zahara hanya mengangguk lalu  membalas senyuman manisnya.
Setahun berlalu...