Thursday, August 28, 2014

Dugaan

 
" Ketika ujian terus menimpa,di saat seolah-olah tiada
yang membantu ,di waktu seolah-olah tidak ada yang menolong ,
itu mungkin teguran dari Allah , agar kita sedar bahawa hanya Allah tempat begantung ,
supaya kita ingat bahawa hanya kepada Allah kita memohon 
pertolongan . Mohonlah pertolongan dengan sabar dan solat .."

Tuesday, August 19, 2014

Rasa yang ku simpan


Setiap manusia pasti menghadapi dugaan kan.
Cuma diri kita memerlukan kekuatan untuk bersabar untuk menghadapinya kan. Islam mengajar umatnya supaya banyak bersabar di dalam semua keadaan sama ada ketika senang ataupun susah kerana ia merupakan pengukur darjat keimanan seseorang.
Allah sentiasa memberi pertolongan kepada orang yang sentiasa sabar dan benar dalam bertindak.