Saturday, September 27, 2014

Bangkitlah... Senyum..dan Teruskan...






Jalan kehidupan ini memang berliku.
Adakalanya kamu akan JATUH SENDIRIAN
sepi TANPA TEMAN di sisi.
Mungkin dengan cara itu boleh membawa HATIMU
PULANG padaNya...
Hakikat , manusia memang begitu.
Ada di kala gembira, tiada di kala berduka
Tapi jangan kamu lupa ALLAH ada...
Bangkitlah , senyum dan teruskan perjalanan..
Di hadapan nanti ada SINAR BAHAGIA menantimu..
Ya, ALLAH ada...semat di hati kecilmu...



UNTUK BERUBAH

....SUKAR untuk aku mencari secebis KEKUATAN setelah
apa yang terjadi... namu ku pujuk hati supaya 
menerima semua itu dengan tenang... Tetapi aku masih lagi mencari 
baki-baki kekuatan dan masih membaiki kekurangan diri ini...
Seringkali memerhati orang yang sedang bahagia.
Tersenyum aku melihatnya.. Ya, aku pernah bahagia seperti itu.
sangat bahagia... hanya ALLAH yang tahu bagaimana bahagianya aku dulu..
Tapi sekarang hanyalah tinggal sisa-sisa bahagia.. namun aku tetap bersyukur...

Dahulu... aku hanya belajar untuk mencintai...
sekarang.. aku MULA BELAJAR  untuk menerima hikmah
disebalik KEHILANGAN cinta...
Selama ini aku terlalu takut kehilangan orang yang aku cintai..
dan sekarang aku mula belajar bahawa CINTA TIDAK BOLEH DIPAKSA dan
MENCINTAI TIDAK SEMESTINYA MEMILIKI... <3

Tentang Cinta

Aku bukan lemah tanpa cinta
Hanya tidak mampu sendiri tanpanya
Biarkan aku menangis kerana cinta

Dia hadir mengubatkan rindu
Mengajarkan aku erti cinta
Namun semua tidak seindah ku sangka

Dialah yang aku inginkan
Dia cinta yang ku dambakan
Namun semua hanya tinggal mimpi 
Terpisahnya cinta

Aku harus melupakannya 
Aku harus memadam rasa 
Namun hati tidak pernah mampu 
melepas kau pergi 

Setelah sedar dari mimpi
Harusku terus hidup tanpamu
kini ku pasrah segalanya
Tentang cinta

Friday, September 26, 2014

Ruang yang kosong di hati manusia
perlu tercari - cari untuk diisi sama ada
dengan kasih sayang , harapan mahupun semangat .
Tapi kadang - kaddang apa yang datang padda kita
bukan seperti apa yang kita harapkan.
Yang ada cuma kekecewaan , kesedihan dan kesunyian.
Harapan saya semoga hari ini ketabahan dan kesabaran
menemani kita dan insyaallah
hari esok ALLAH akan anugerahkan azimat 
pengubat luka semalam...
Cinta akan menyakitkan ketika kamu berpisah dengan 
seseorang , lebih menyakitkan apabila kamu dilupakan kekasihmu,
tapi cinta akan lebih menyakitkan lagi apabila seseorang yang kamu sayangi 
tidak tahu apa yang sesungguhnya kamu rasakan...

Monday, September 15, 2014

Aku Cuba !!!










Aku rindu dia !!!

aku rindu segala-galanya tentang dia.. Aku mahukan dia .Tapi mustahil bagiku untuk mencapainya dengan cara yang aku inginkan.. Dia bukan kepunyaanku lagi . Dia bakal dimiliki oleh seorang wanita yang bekerjaya, cantik, baik budinya serta sopan santunya . Bak kata orang wanita melayu terakhir... hahahaha
Susahnya untuk aku lupakan perasaan ini terhadapnya. Aku keliru dengan keadaan yang dia tunjukkan kepadaku..Kata-kata sayang , rindu , cinta dan setia serta kata-kata indah yang boleh beterbangan di awangan..  Aku tak tahu apa yang berlaku sebenarnya. Sehingga kini aku masih memikirkan situasi yang sebenarnya. Masih dalam kebingungan. Yang kelakarnya aku rasa macam situasi dalam novel cinta yang terpaksa berkahwin dengan pilihan keluarga.. hahahaha tapi hakikatnya ia adalah realiti..

Aku cuba lupakan segalanya.. aku cuba buang perasaan ini. tapi ternyata hanya sia-sia ... Aku tak boleh !! Tapi aku akan cuba .. dan tetap aku cuba ..
aku akan lepaskan semuanya.. walaupun mustahil untuk aku lupakan segalanya..
Aku redha dengan apa yang berlaku.. cuma aku harap sangat cerita ini akan berakhir bila tiba  28.09.2014 ... Aku akan pergi sejauh mungkin..Aku cuba!!! Dan aku harap dia jugak boleh buat perkara yang sama.. 
Semoga ALLAH SWT mempermudahkan segalanya.. Amin!




SOMETIMES IT'S VERY HARD ,
TO MOVE ON BUT
ONCE YOU MOVE ON,
YOU'LL REALIZE
IT WAS THE BEST DECISION
YOU'VE EVER MADE...



Thursday, September 11, 2014

Tak Perlu Sesali

Saat kita mencintai seseorang 
kita sangat bahagia dan sangat bersyukur 
kepada ALLAH SWT..
Tapi disaat kita patah hati
keseringan atau kebanyakan orang 
merasakan bahawa ALLAH tidak adil pada kita
tanpa kita sedari ataupun berfikir ALLAH
mungkin akan menggantikan orang yang lebih baik
untuk kita...
Janganlah menyesal ketika kita harus kehilangan
orang yang kita cintai
kerana mungkin dia bukan yang terbaik 
untuk kita...
Percayalah ALLAH tidak mungkin akan merencanakan
hal buruk kepada kita..
Semua ini pasti ada alasan dan ada hikmah 
yang baik untuk kita...

Biarku kisahkan

Biarku kisahkan...
aku sering memasang angan-angan 
untuk membina istana indah
Dia sebagai RAJA
Aku sebagai RATU
Biarpun istana kami hanyalah pondok kecil
aku tahu bahagiaku ada di situ
yang ku nanti bukanlah lamaran batu permata darinya
cukuplah akad dan janji setia...
Andai yang terjadi tak sama dengan ketentuan hati
aku redha dengan ketentuan Ilahi...

Untukmu

Aku menangis bukan kerana aku memerlukanmu
bukan kerana aku mahu kau kembali kepadaku
tetapi kerana aku akhirnya menyedari 
aku terpaksa belajar untuk melepaskan kau pergi...
Soal hati tiada undang-undang apatah lagi paksaan
tiada yang lebih manis daripada kasih cinta 
dan tiada kasih yang lebih ngeri daripada putus cinta...
Cinta sejati ialah apabila kita masih mampu tersenyum 
sambil mendoakan kebahagiaan untuknya walaupun
jika terpaksa melepaskan dia pergi...

Mencari Damai


Aku tidak tahu apa yang akan berlaku jika aku terus nekad untuk mempertahankandirinya yang akan meninggalkan aku bila-bila masa sahaja.. Kadang-kadang aku terfikir juga kenapa ALLAH mempertemukan aku dengan si dia , sedangkan itu hanyalah sementara ? Inilah takdir hidup seseorang yang telah ditentukan ALLAH dalam menemukan jodohnya..
Aku cuba mendamaikan setiap keping hatiku yang dilukai dengan menyinari kata-kata yang jernih dan mempunyai penawarnya agar hati ini sembuh dan dipenuhi ketenangan yang abadi..







Monday, September 1, 2014

SABAR




Apabila musibah menimpa, perasaan kita tergugat . Fikiran kita terganggu dan jiwa bercelaru. Diri seolah-olah diselubungi kegelapan. Itulah diriku tatkala tiada ketenangan , kesabaran. Namun, apabila adanya kesabaran perasaan, fikiran dan jiwa akan stabil semula. Diri yang tadinya gelap akan dilimpahi cahaya.
" SABAR ITU UMPAMA SINAR  MATAHARI..."
Walaupun ia panas membahang, tetapi dialah sumber tenaga yang menyinari alam. Sabar adalah mentari dalam kehidupan kita, tanpa sabar kita selamanya berada dalam kegelapan.
Apabila kita bercakap tentang sabar, ertinya kita menyentuh soal keimanan.
"SABAR ITU SEPARUH DARIPADA IMAN .."
Iman itu bukan hanya sekadar ilmu di kepala, ucapan di mulut, tetapi adalah soal keyakinan dalam hati serta dibuktikan dengan perbuatan.