Saat kita menempuhi onak duri dunia, derita sekali sekala mencuit hati. Hati remuk menangis tiada henti, kesedihan terus menerus bersemadi di dasar hati. Ketika itu sabar pun sudah tidak dikenali lagi. Dalam terharu air mata tertumpah juga.
Wahai hamba Allah....
Begitulah kehidupan di dunia. Kita tidak akan sesekali dapat menjangka apa yang Allah aturkan untuk kita. Adakalanya kita tersangat gembira. Adakalanya kita tersangat kecewa. Namun... jangan risau manusia Allah itu Tuhan kita. Tuhan Yang Maha Luas kasih sayangNya.
Percayalah...
Allah tidak akan menduga hambaNya kecuali untuk melihat hambaNya tersenyum disana, tertawa disana, berbahagia disana, InsyaAllah di syurga yang mengalir dibawahnya sungai-sungai yang mendamaikan jiwa.
Oh indahnya.. Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah SWT.
Wahai hamba Allah....
Jangan bersedih, kerana telah melalui kesedihan itu kelmarin dan ia sama sekali tidak memberi sebarang manfaat pun pada keesokan harinya.
Kesedihan demi kesedihan bakal membuat kita semakin terperuk dalam keputusasaan dan dunia yang luas dirasakan sempit dan tidak lagi berguna. Padahal, dunia inilah kesempatan untuk kita dekatkan diri kepada Allah untuk kita raih syurgaNya yang tersangat indah serta bebas daripada rasa kesedihan.
Gara-gara kesedihan, air yang manis terasa pahit. Makanan yang lazat terasa hambar. Bunga mawar yang mekar mewangi kembali layu.
Ingatlah tangisan terindah itu apabila butir -butir air mata mengalir hangat di pipi lantaran terasa diri kita begitu kerdil disisi Allah.
Wahai hamba Allah...
Lihat lah disekeliling kita dan teguhkan pendirian sepanjang hidup dan usia kita. Jangan mudah berputus asa. Senyuman yang kita berikan dan air mata yang kita titiskan simpan.. Jadikan tauladan. Segala yang kita pandang dan dengar simpan... buat pedoman.
Sunday, May 1, 2016
Saturday, January 30, 2016
Ralat
Aku ralat.
Perasaan kau dah tak sama.
Aku dah berubah.
Kita terlampau lain fikirnya ?
Cuma satu aku tanya.
Kenapa dulu boleh sekarang sebaliknya ?
Kau mahu jalan masing-masing ?
Baik..
Satu aku ingatkan.
Orang kalau betul mahu, usaha.
Jangan beri alasan.
Kerana aku nampak sia-sia.
Pergi.
Subscribe to:
Posts (Atom)