Duhai calon imamku yang tertulis di Lauhul Mahfudz
yang masih menjadi rahsia Ilahi...
Aku akan berusaha mencintaimu dalam setiap sujud gelap malamku,
dalam setiap tasbih cintaku...
Aku akan berusaha mencintaimu dalam diamku,
tanpa merosak Izzah dan maruah diriku..
Jagalah aku bila engkau benar mencintaiku kerana Allah
kerana cinta tidak akan saling merosak tapi saling menjaga..
Cintailah aku tanpa harus mengurangi rasa cintamu pada sang Khalik,
bila tiba saatnya nanti...
Ku tunggu engakau dalam gerbang ke-halalan yang akan kita bina bersama
dan menjalani hidup dalam meraih redha-Nya..
Sebelum itu tetapkanlah hatimu dan hatiku
menjaga cinta yang kita bina kerana Allah...
No comments:
Post a Comment