Sunday, April 19, 2015

Inikah Hakikatnya...?


Jangan rimas bila seseorang call dan mesej bila kamu keluar dan lewat balik. Jangan marah bila seseorang sentiasa mahu tahu apa aktiviti kamu ketika dia tiada disisi kamu.
Tambahan pula kamu berdua duduk berjauhan.
Jangan marah bila seseorang asyik bertanya soalan walaupun kadang-kadang tu cuma soalan bodoh yang tiada erti apa-apa untuk kamu.
Jangan risau, jangan marah, jangan rimas....
Tetapi RISAULAH bila seseorang itu tidak lagi banyak bertanya, tidak ambil berat dan lebih suka kamu keluar biarpun berjam-jam lamanya.
Fikir-fikirkanlah... fikir masak-masak, kerana... tidak semua yang sanggup cari kamu semata-mata nak tanya " awak dah makan ?"... " awak tengah buat apa?".... " awak sayang saya?"..
Semua pertanyaan seseorang itu mungkin sama ada setiap hari sebab dia pun dah tak tahu nak tanya apa pada kamu sebab tak mahu berenggang dengan kamu.
Itu tanda dia ambil berat pasal kamu.
Bayangkan lepas dia tiada dari hidup kamu. Tiada soalan yang diberi. tiada deringan telefon. tiada mesej-mesej yang mencuit hati. tiada gurauan.
Masa tu baru kamu tahu, yang kamu perlukan dia. Dia je yang faham kamu. Dia je yang cinta kamu setulus hatinya selama ini. Dia sanggup habiskan kredit walaupun voice mail yang masuk.
sanggup habiskan masa demi kamu. 
Dia bersungguh sebab dia nak hidup bersama kamu bukannya dia nak permainkan perasaan kamu. 
Jadi hargailah dia sebelum terlambat. Ingat...
Tiada manusia yang sempurna dan tiada insan yang tak layak dapat kasih sayang... 

1 comment: