Saturday, July 11, 2015

Kerana Saya Seorang Perempuan


Lumrah sifat saya terkadang dalam kasar ada lembutnya
dalam sombong ada belasnya
dalam marah ada sayangnya
dalam benci ada kasihnya
dalam diam ada rindunya
dalam hati ada cintanya

Kerana Saya Seorang Perempuan...
saya menjadi isteri disisi suami
saya menjadi ibu dihati anak-anak
saya menjadi yang terbaik untuk keluarga
menjaga maruah dan harga diri segalanya untuk DIA
pemberi nikmat dan pemilik segala hati

Kerana Saya Seorang Perempuan...
perlu ada jarak antara kita
saya tak sempurna
kerana fitrah insan yang bernama manusia
tidak lari dari rasa jatuh cinta
namun perlu ada batas agama
selagi belum halal menjadi milik kita

Kerana Saya Seorang Perempuan...
jangan bagi hati awak pada saya dulu
sentiasa doa
serahkan hati pada Allah yang satu
insyaallah.. ada jodoh ada restu
hati dan cinta kita kan bersatu
sabarlah duhai hati
semoga ukhwah mahabah hingga ke jannah. :)

No comments:

Post a Comment