Monday, February 17, 2014

ERTI UJIAN ALLAH

Aku cuma seorang gadis biasa . Perwatakan aku , pemakaian aku belum cukup sempurna
sebagai seorang muslimah sejati.. Tapi Allah itu Maha Penyayang , tidak dibiarkan seorang
yang seperti aku untuk terus hanyut dan lalai melupakannya...

Aku bukanlah tidak solat , cuma terkadang lalai .
Aku bukan tidak puasa , cuma mulut masih rancak mengumpat..
Aku beragama Islam tapi aku sedar Islam ku belum
cukup sempurna seadanya....

Aku pernah punya kekasih hati .. Seorang yang baik yang banyak mengubah aku..
Seorang yang selalu aku bayangkan bakal menjadi imam
setiap solatku. Tapi kasih terhenti atas sebab yang tidak diingini..
Aku rasa rebah seketika. Aku tiada tempat mengadu kerana aku tinggal sendirian..
Selera makan ku putus. Mengulur senyuman terasa mustahil.. Aku habiskan masa depan
komputer riba usangku.Mencari doa terbaik untuk menenangkan jiwa..

Suatu hari , aku terjumpa Al-Insyirah.. Bait-bait dalam Al-Insyirah cukup
menekan kalbuku..Aku terpesona. Aku teliti dan hayati maksud
ayat surah itu. Lalu aku baca satu persatu........

                                       "Dengan Nama Allah Yang Maha
                                      Pengasih lagi Maha Penyayang........"

1-Bukanlah kami telah melapangkan bagimu dadamu ( wahai Muhammad serta mengisinya
dengan iman dan hidayah petunjuk ?)
2-Dan kami telah meringankan bebanmu daripadamu ( menyiarkan Islam )
3-Yang memberati tanggunganmu
4-Dan kami tinggikan sebutan ( nama ) mu bagimu
5-Maka ( tetapkanlah kepercayaanmu ) bahawa sesungguhnya tiap-tiap
kesukaran disertai kemudahan
6-Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan
7-Maka apabila engkau telah selesai
( daripada sesuatu amal soleh ) maka bersungguh-sungguhlah Engkau berusaha
( mengerjakan amal soleh yang lain )
8-Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah Engkau memohon
( apa yang Engkau gemar dan ingini )."

Setiap kali usai solat , surah Al-Insyirah akan ku baca. Setiap kali jantung terasa berat,
hati terasa sarat. Aku ulangi lagi Al-Insyirah .
Setiap hari komputer riba aku tatapi , mencari sesuatu yang boleh untuk ku
hilangkan segala resah di hati...

Dan akhirnya aku tersedar , segala bebanan yang aku tanggung , segala ujian
ini sebenarnya tanda kasih Allah pada aku.
Allah rindukan rintihan aku. Aku tahu Allah mahu mengajar aku eti sebenar ujian-Nya.

Dari situ satu persatu aku temui. Semua bermula dari komputer riba usangku.
Tiada pentingnya cinta manusia jika Allah tidak kita letakkan
pada nombor satu.
Namun aku cuma insan lemah. Sering juga aku rasa kalah, aku rasa resah.
Aku masih cuba memperbaiki diri, setapak demi setapak.
Aku masih lagi yang dulu , cuma aku harapkan rohani aku sedang
dalam proses pemulihan dan pembersihan..

Alhamdulillah...Allah sedarkan aku dengan menghantar ujian buatku.
Allah tinggalkan aku sendirian jauh dari manusia yang lain, supaya aku dekati-Nya
supaya aku dapat luahkan semua pada-Nya.
Allah hantar ujian buat aku supaya sedar bahawa Dia adalah penguasa diriku,
supaya aku sedar bahawa hati aku adalah miliknya. Jika gembira hati ini, semua datang-Nya,
jika berat hati ini , kepada Dia jugaklah tempat aku mengadu untuk hilangkan resah...

Dalam hadith Qudsi Allah berfirman :

                              " Pergilah pada hambaku lalu timpakanlah
                berbagai ujian padanya  kerana Aku ingin mendengar rintihannya...."

                            ( Hadith riwayat Tabrani dari Abu Umamah )

Bukan mudah untuk memahami sepotong ayat ini.. Aku bersyukur kerana
aku di antara hambaNya yang terpilih untuk diberi ujian..
Dari ujian inilah aku mencuba untuk memperbiaki diri . Kerana aku
hanya mencariNya di kala aku kesusahan.
Aku mahu aku sentiasa merindui Tuhanku
Aku mahu setiap gembira aku dimulai dengan Alhamdulillah
supaya setiap kesusahan ku dapat aku luahkan padaNya tanpa rasa malu..............

Semoga Allah sentiasa membantu aku
untuk memperbaiki diri...................................................



                                                " I'M NOT GOOD MUSLIM
                                               BUT I'M TRYING TO BE ONE
                                     AND I WANT YOU TRY WITH ME TOO "

~...KAWAN..~

Kata mak,KAWAN itu ibarat lebah,habis madu sepah dibuang...
kata abah,KAWAN itu umpama bunga ros,
dipandang cantik..di pegang sakit.. kata atuk, KAWAN itu seperti air,
terus mengalir..kata nenek KAWAN itu bak bulan dipuja dan disanjung
tapi nun jauh di sana....
kata sedara, KAWAN itu macam makanan,kawan makan kawan!!!
kata abang, KAWAN itu seperti lembu,mengikut apa saja yang dikata...
kata kakak, KAWAN itu tak ubah macam durian, bau ja busuk
tapi sedap di makan...kata adik,KAWAN itu seperti biskut,
sekejap ada sekejap tak ada...
kata saya, KAWAN itu tak kisahlah macam mana...................
walaupun dia IBARAT LEBAH, UMPAMA BUNGA ROS,SEPERTI AIR,
BAK BULAN,SEPERTI LEMBU, TAK UBAH MACAM DURIAN
DAN MACAM BISKUT!!!
Dia tetap KAWAN....
tahu tak sebab apa??? sekali saya dah KAWAN dengan dia
selamanya dia tetap KAWAN saya...Itu cara saya berkawan!!!
walaupun kita mempunyai kekasih, tapi teman tetap paling setia..
walaupun kita ada harta yang banyak..KAWAN tetap paling berharga..

CINTA BERSULAM NODA

Di malam sepi kusujud menghadap-Mu
mengharap maghfirah dari-Mu
oh Tuhan Yang Esa...

Ku cemari hidup dengan kesesatan
membutakan hati yang sering terleka
terasa jauh diriku dari Tuhan
dengan godaan syaitan...

Ku tahu Dialah penerima taubat
walaupun ku sering tinggalkan suruhan
Berilah kesempatan ini untuk berubah...

Cintaku dambakan hanya pada-Mu oh Tuhan
Terimalah permintaan dariku hamba yang hina
ku sering berjanji namun sering ku mungkiri
janji yang tak pernah lagi ku tepati...

Ku pasrahkan segala pada-Mu oh Tuhan
jangan kau palingkan hati ini dari kebenaran
andai esok nafasku terhenti disini
ku mohon jauhkan diriku dari azab-Mu...


KATA SANG PUNJANGGA~ petikan dari novel...

Aku sendiri sukar mengerti
mengapa jantung ini berdebar bagaikan mahu gugur ke bumi
aku sendiri tidak memahami
mengapa terasa sepi dunia ini apabila kau jauh dari sisi
tersentak diriku apabila hati ini belajar mengenal erti cemburu...

Aku kelu sendiri memikirkan keanehan yang menimpa diri
seakan-akan aku melayang di udara
Ohh...indahnya perasaan ini , membuatkan
aku sentiasa ingin tersenyum selalu...

Ku pandang wajahnya yang tidak seindah ratu cantik Malaysia
jauh sekali ratu cantik dunia
kulihat senyumannya yang tidak semanis Nora Danish
kulihat kerdipan matanya yang tidak selincah Ikin...
Oopss...itu isteri Mawi..

Aku kelu sendiri, kaku bagaikan lumpuh seluruh badan
Ohh...dimanakah keindahan wanita ini
aku tidak percaya bahawa aku boleh mencintai wanita ini
tidak ada apa-apa keistimewaan padanya untuk aku banggakan
sekelumit pun tidak ada ciri-ciri wanita idamanku....

Lalu aku memilih meninggalkannya,menjauhinya
aku memilih untuk melukai hatinya,melukai perasaannaya,
aku memaksa diri untuk mengasarinya
aku terpaksa melakukannya demi membuang perasaan ini
demi membunuh cinta ini, dan menamatkan rasa sayang ini...

Namun sukarnya membuang rasa rindu
kosongnya jiwa ini tanpamu disisi wahai gadisku
aku mahu mengetepikan segalanya
aku mahu kau menjadi permaisuriku wahai gadis..

Namun malangnya kau kini dikebas musuhku
peritnya hati ini menyedari rupanya tiada cinta darimu untukku.....

Namun egoku tidak akan menyerah kalah
kau akan ku miliki
tidak akan pernah aku membenarkan kesukaanku dirampas orang
sekalipun kau menangis air mata darah untuk kembali kepada kekasihmu
tidak akan aku lemah terhadap air matamu itu....

kerana kini ku baru sedari
kaulah wanita yang sangat cantik dalam hidupku selain nenekku
wahai gadisku.........
akulah sang punjangga yang tak pernah lelah....


PUISI ~...INDAH BERSAMAMU...~

Indah saat bersamamu
meraikan hari yang ceria
tiada duka yang menyapa rasa
hanya bahagia harapan bersama....

Hatimu dan hatiku
satu nada satu irama...
saling bercanda
bahagia engkau dan aku
setelah lama terpisah
kini saatnya ria bertamu...

Tawamu dan tawaku
memecah suram suasana
tiada lagi sepi memilu
mereda rindu yang dulu
memudar resah di kalbu...

Hanya ria
semekar harapan
seindah janji termatri
seharum kasih bersemi
tautan dua hati
selamanya ingin bersamamu
meski esok tiada yang pasti..

Tuesday, February 11, 2014

BICARA SANG GADIS

  Sering kau menggangu ketenteraman ku
  sehinggakan sudah tidak ada ruang untukku melarikan diri lagi...
  Aku dijadikan bahan gurau senda olehmu
  Aku dijadikan mangsa untuk kau menghiburkan hatimu
  Dan aku dijadikan bahan uji kajimu bagi melampiaskan
  segala kenakalanmu yang tak ubah seperti SHIN CHAN
  Letih diriku melayan karenahmu yang tidak pernah jemu-jemu mengusikku
  sehinggakan alam kanak-kanak meninggalkan kita
  kau masih juga dengan kenakalanmu yang tidak sudah-sudah....
  Sungguh, tidak dapat aku membohongi diriku lagi
  betapa kehadiranmu amat bermakna dalam kehidupanku
  Tanpa aku sedari, aku telah terlalu biasa dengan adanya dirimu....
  Bila kau tiada walau seketika alamku terasa sepi
  kesunyian membaluti sekeping hati
  aku memberanikan diriku untuk mengatakan inilah
  kasih sayang dalam sebuah persahabatan.....
  Benarkah perasaan untuk sahabat?
  aku sendiri keliru.. Wahai punjanggaku... adakah perasaan ini
  adalah cinta?
  Kutatap wajahmu dikala dirimu terleka
  rambutmu ku lihat kusut masai bagaikan penagih dadah yang tegar
  ku lihat matamu yang kuyu dikala kau berbicara
  kau seumpama apek jual sayur yang tidak cukup tidur
  aku renung bibirmu yang lincah berkata-kata
  aku mendapati senyumanmu umpama bapak ayam yang mencari mangsa...
  Aku mencuri-curi melihat penampilanmu yang selekeh
  kau tidak ubah seperti penyanyi rock di jalanan
  Menyedari hakikat itu, terasa inginku memanjat bangunan A Famosa lalu terjun ke bawah...
  biarlah aku tenggelam ke dalam dasar tanah yang dalam lagi kelam...
  mungkin itu adalah lebih baik dari mencintaimu.....
  Namun kini kau telah pergi meninggalkan aku tanpa dapat aku menghalang
  terasa bagaikan melayangkan nyawaku ini daripada jasad
  mengharungi hari tanpamu...
  Hari-hari yang ku lalui terasa asing sekali.
  lalu jadilah aku gadis yang mencintai kenangan.....
  Setelah kau ku temui .... kau telah berubah
  aku bagaikan tidak percaya betapa kacaknya dirimu
  kau menjadi rebutan para jelitawan
  sedangkan aku tidak kau pandang walau sebelah mata
  kau telah menjadi kaya-raya
  kerana rupa , kerana kekayaan , kau telah menjadi lelaki yang cukup asing bagiku
  kau membuatkan aku merindui punjanggaku yang sering
  kali menghiburkan hatiku...
  Ohh.....betapa aku benar-benar mahu kau seperti dahulu
  Punjanggaku ...kembalilah seperti suatu masa dahulu.....
  kerana gadis ini merinduimu.....