Sering kau menggangu ketenteraman ku
sehinggakan sudah tidak ada ruang untukku melarikan diri lagi...
Aku dijadikan bahan gurau senda olehmu
Aku dijadikan mangsa untuk kau menghiburkan hatimu
Dan aku dijadikan bahan uji kajimu bagi melampiaskan
segala kenakalanmu yang tak ubah seperti SHIN CHAN
Letih diriku melayan karenahmu yang tidak pernah jemu-jemu mengusikku
sehinggakan alam kanak-kanak meninggalkan kita
kau masih juga dengan kenakalanmu yang tidak sudah-sudah....
Sungguh, tidak dapat aku membohongi diriku lagi
betapa kehadiranmu amat bermakna dalam kehidupanku
Tanpa aku sedari, aku telah terlalu biasa dengan adanya dirimu....
Bila kau tiada walau seketika alamku terasa sepi
kesunyian membaluti sekeping hati
aku memberanikan diriku untuk mengatakan inilah
kasih sayang dalam sebuah persahabatan.....
Benarkah perasaan untuk sahabat?
aku sendiri keliru.. Wahai punjanggaku... adakah perasaan ini
adalah cinta?
Kutatap wajahmu dikala dirimu terleka
rambutmu ku lihat kusut masai bagaikan penagih dadah yang tegar
ku lihat matamu yang kuyu dikala kau berbicara
kau seumpama apek jual sayur yang tidak cukup tidur
aku renung bibirmu yang lincah berkata-kata
aku mendapati senyumanmu umpama bapak ayam yang mencari mangsa...
Aku mencuri-curi melihat penampilanmu yang selekeh
kau tidak ubah seperti penyanyi rock di jalanan
Menyedari hakikat itu, terasa inginku memanjat bangunan A Famosa lalu terjun ke bawah...
biarlah aku tenggelam ke dalam dasar tanah yang dalam lagi kelam...
mungkin itu adalah lebih baik dari mencintaimu.....
Namun kini kau telah pergi meninggalkan aku tanpa dapat aku menghalang
terasa bagaikan melayangkan nyawaku ini daripada jasad
mengharungi hari tanpamu...
Hari-hari yang ku lalui terasa asing sekali.
lalu jadilah aku gadis yang mencintai kenangan.....
Setelah kau ku temui .... kau telah berubah
aku bagaikan tidak percaya betapa kacaknya dirimu
kau menjadi rebutan para jelitawan
sedangkan aku tidak kau pandang walau sebelah mata
kau telah menjadi kaya-raya
kerana rupa , kerana kekayaan , kau telah menjadi lelaki yang cukup asing bagiku
kau membuatkan aku merindui punjanggaku yang sering
kali menghiburkan hatiku...
Ohh.....betapa aku benar-benar mahu kau seperti dahulu
Punjanggaku ...kembalilah seperti suatu masa dahulu.....
kerana gadis ini merinduimu.....
No comments:
Post a Comment