Monday, February 17, 2014

ERTI UJIAN ALLAH

Aku cuma seorang gadis biasa . Perwatakan aku , pemakaian aku belum cukup sempurna
sebagai seorang muslimah sejati.. Tapi Allah itu Maha Penyayang , tidak dibiarkan seorang
yang seperti aku untuk terus hanyut dan lalai melupakannya...

Aku bukanlah tidak solat , cuma terkadang lalai .
Aku bukan tidak puasa , cuma mulut masih rancak mengumpat..
Aku beragama Islam tapi aku sedar Islam ku belum
cukup sempurna seadanya....

Aku pernah punya kekasih hati .. Seorang yang baik yang banyak mengubah aku..
Seorang yang selalu aku bayangkan bakal menjadi imam
setiap solatku. Tapi kasih terhenti atas sebab yang tidak diingini..
Aku rasa rebah seketika. Aku tiada tempat mengadu kerana aku tinggal sendirian..
Selera makan ku putus. Mengulur senyuman terasa mustahil.. Aku habiskan masa depan
komputer riba usangku.Mencari doa terbaik untuk menenangkan jiwa..

Suatu hari , aku terjumpa Al-Insyirah.. Bait-bait dalam Al-Insyirah cukup
menekan kalbuku..Aku terpesona. Aku teliti dan hayati maksud
ayat surah itu. Lalu aku baca satu persatu........

                                       "Dengan Nama Allah Yang Maha
                                      Pengasih lagi Maha Penyayang........"

1-Bukanlah kami telah melapangkan bagimu dadamu ( wahai Muhammad serta mengisinya
dengan iman dan hidayah petunjuk ?)
2-Dan kami telah meringankan bebanmu daripadamu ( menyiarkan Islam )
3-Yang memberati tanggunganmu
4-Dan kami tinggikan sebutan ( nama ) mu bagimu
5-Maka ( tetapkanlah kepercayaanmu ) bahawa sesungguhnya tiap-tiap
kesukaran disertai kemudahan
6-Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan
7-Maka apabila engkau telah selesai
( daripada sesuatu amal soleh ) maka bersungguh-sungguhlah Engkau berusaha
( mengerjakan amal soleh yang lain )
8-Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah Engkau memohon
( apa yang Engkau gemar dan ingini )."

Setiap kali usai solat , surah Al-Insyirah akan ku baca. Setiap kali jantung terasa berat,
hati terasa sarat. Aku ulangi lagi Al-Insyirah .
Setiap hari komputer riba aku tatapi , mencari sesuatu yang boleh untuk ku
hilangkan segala resah di hati...

Dan akhirnya aku tersedar , segala bebanan yang aku tanggung , segala ujian
ini sebenarnya tanda kasih Allah pada aku.
Allah rindukan rintihan aku. Aku tahu Allah mahu mengajar aku eti sebenar ujian-Nya.

Dari situ satu persatu aku temui. Semua bermula dari komputer riba usangku.
Tiada pentingnya cinta manusia jika Allah tidak kita letakkan
pada nombor satu.
Namun aku cuma insan lemah. Sering juga aku rasa kalah, aku rasa resah.
Aku masih cuba memperbaiki diri, setapak demi setapak.
Aku masih lagi yang dulu , cuma aku harapkan rohani aku sedang
dalam proses pemulihan dan pembersihan..

Alhamdulillah...Allah sedarkan aku dengan menghantar ujian buatku.
Allah tinggalkan aku sendirian jauh dari manusia yang lain, supaya aku dekati-Nya
supaya aku dapat luahkan semua pada-Nya.
Allah hantar ujian buat aku supaya sedar bahawa Dia adalah penguasa diriku,
supaya aku sedar bahawa hati aku adalah miliknya. Jika gembira hati ini, semua datang-Nya,
jika berat hati ini , kepada Dia jugaklah tempat aku mengadu untuk hilangkan resah...

Dalam hadith Qudsi Allah berfirman :

                              " Pergilah pada hambaku lalu timpakanlah
                berbagai ujian padanya  kerana Aku ingin mendengar rintihannya...."

                            ( Hadith riwayat Tabrani dari Abu Umamah )

Bukan mudah untuk memahami sepotong ayat ini.. Aku bersyukur kerana
aku di antara hambaNya yang terpilih untuk diberi ujian..
Dari ujian inilah aku mencuba untuk memperbiaki diri . Kerana aku
hanya mencariNya di kala aku kesusahan.
Aku mahu aku sentiasa merindui Tuhanku
Aku mahu setiap gembira aku dimulai dengan Alhamdulillah
supaya setiap kesusahan ku dapat aku luahkan padaNya tanpa rasa malu..............

Semoga Allah sentiasa membantu aku
untuk memperbaiki diri...................................................



                                                " I'M NOT GOOD MUSLIM
                                               BUT I'M TRYING TO BE ONE
                                     AND I WANT YOU TRY WITH ME TOO "

No comments:

Post a Comment