Wednesday, March 12, 2014

MONOLOG CINTA

Dia merenung dalam bait tinta yang ditangkap lensa miliknya . Sepasang mata bening itu bergerak-gerak kiri ke kanan. Dia cuba untuk memahami kata-kata itu..

                         " Cinta bukan tujuan ,tapi
         hanyalah jalan . Cinta itu 
      bukanlah matlamat , tapi hanyalah
       alat..."-USTAZ A.UBADILLAH ALIAS 

Dahinya dikerutkan , keningnya dirapatkan. Tanda dirinya sedang memikirkan sesuatu
yang mengusik perasaan.

    
               " cinta bukan tujuan , tapi jalan.
               cinta bukan matlamat . Tapi alat...."             

 Bait tinta itu bergema dalam sanubarinya...
           
              " Apa ertinya..?" Dia bermonolog.

Lama dia merenung . Sesekali dia menghantar pandangan ke luar jendela.
Dia menatap ke arah langit . Cerah .. Subhanaallah.. indah sungguh ciptaan-Mu
-Burung-burung berkicauan , tanda berstahbih kepada-Nya . Sang unggas bernyanyi riang ,
tanda memuji kepada-Nya. Segala yang ada di langit mahupun di bumi sujud kepada-Nya..
Dalam dia asyik merenung keindahan ciptaan Tuhan ,ada sesuatu yang mengusik kalbunya....

CINTA..Ya.....
Dia tahu dia masih muda remaja . Dia tahu masih banyak impian yang belum diraihnya..
Dia tahu umi dan abinya
mengharapkan sesuatu daripadanya.
Dia tahu perjalanan hidupnya baru bermula.
Dia tahu dia tidak seharusnya leka dalam cinta dunia.
Dia tahu dan dia mengerti segalanya..
Namun entah mengapa setiap kali dia cuba mengusir satu rasa yang bertamu di dada , tiap kali juga
dia kalah melawan perasaanya.
Ya Allah...begitu kuat rasa itu hadir ke dalam kalbuku.

Apa yang perlu dia lakukan ?
Langkah apa yang perlu diaturkan ?
Strategi apa yang perlu direncanakan ?

Segala-galanya kelihatan suram.
Segala-galanya kelihatan tidak berjalan.
Hatinya kembali rawan. Mengapa dirinya tidak mampu melawan ?
Mengapa perasaanya seringkali kecundang ?
Mengapa hatinya seringkali bermusuhan dengan apa yang  dia fikirkan ?
Hati dan akalnya tidak sehaluan . Dia tidak mahu lemas dalam dakapan cinta
yang melekakan. Dia hanya mahu lemas dalam dakapan cinta Tuhan. Tapi, makin kuat
dia mencuba, makin kuat pula dia diduga.

Dia tahu, dia harus kuat menghadapinya. Dia tahu, dia harus melawan rasa cinta yang
bertamu dalam hatinya. Dia tahu,dia harus mengusir rasa cinta kepada manusia. Mengusir cinta bukan berti membenci. Tetapi lebih kepada menjaga jarak antara dirinya dan dia.
Hatinya cuma ada satu. Dia tahu,sakit rasanya apabila terluka. Pedih rasanya apabila
kecew. Pasti dia akan berduka.
Lalu amanah yang dipertanggungjawabkan ke atasnya akan terbang dan hilang entah ke mana.

Dia harus memilih. Memilih sama ada dia mahu terus berfantasi atau menjejak realiti ?
Mahu terus berada dalam mimpi atau mahu menjejak bumi ? Dia sedar .
Cinta manusia itu adalah sesuatu yang tidak pasti. Cinta yang hakiki adalah
berpaksikan pada DIA sang Ilahi...

Dia juga sedar kehidupan kini penuh dengan ujian Ilahi. Jika Iman terus diasah , maka dia akan
tersungkur rebah.Jika akidah tidak terus dipelihara, maka dia akan terus bergelumang dengan dosa.
Jika ilmunya tidak terus diteroka ,maka dia akan terus terleka dalam arus dunia.
Dia juga sedar. Perjalanannya masih jauh.
Banyak lagi yang harus ditempuh. Jika ujian sebegini dia tidak mampu menempuh, apatah lagi ujian lain yang mewajibkan imannya untuk terus teguh.

Dia nekad . Segala rasa cinta yang hadir sebelum waktunya
perlu segera diusir.
Bimbang pula hatinya akan terus terusik. kini dia memegang pada
satu prinsip!


          "CINTA ITU FITRAH ALLAH. ILMU ITU AMANAH.
                   IMAN ITU PERLU DIASAH.
                MAKSIAT ITU PERLU DICEGAH."

No comments:

Post a Comment