Wednesday, April 9, 2014

SERPIHAN CINTA KITA



Indah benar pertemuan kita
Kau berdebar mananti disitu
Seperti aku jua disini
Perkenalanan ini membibitkan sebuah pertemuan
Senyumlah kamu mengiringi langkahku
Menginjakkan tubuh disisimu

Hari itu ukirkan kenangan
Buat bekalan andai tika rasa rindu
Bersama kita berjanji akan setia
Paterikan setiap ucapan
Agar menyangkal segala kesangsian
Mengharapkan bahtera terus bernakhoda
Buat selamanya kerana aku adalah kamu
Dan kamu adalah aku

Kini kenapa semuanya terhenti
Terhenti disini secara tiba-tiba
Buat selamanya aku bukanlah kamu
Dan kamu bukanlah aku
Di manakah bahtera kita?
Salahkah aku berhenti?
Kerana kamu yang memaksa semuanya terhenti
Membiarkan aku menunggu sesuatu yang tak pasti
Maafkan aku andainya aku yang bersalah....

No comments:

Post a Comment