Wednesday, April 9, 2014

MENJAMAH SEDIKIT RINDU


Kau ciptakan seksa yang membara
Meranapkan lubuk dada dengan sembilu duka
Sungguh aku derita dalam tempias rasa
Permainan perasaan yang kau curah
Di segenap urat nadi cintaku
Rupanya hanya kepalsuan nyata
Sungguh aku terpaksa menanggung resahnya
Rumput kasih yang kau pijak kian menampakkan rupa
Biarpun tidak seindah bayangan auramu
Ribut sengsara kau cipta
Sebenarnya memberi nafas baru
Dalam setiap langkah perjuanganku...
Mendung berkelam dalam hati telah beralih arah
Dan mekar menampakkan bunga bahagia

Terima kasih CINTA!
Pernah hadir menyinar suatu ketika dahulu
Biarpun meninggalkan lopak-lopak sengsara
Yang masih menangkung air rindu di dalamnya...

Oh CINTA! Terima kasih...
Menyingahkan rasa buat menikam kalbuku manja
Impian cinta yang berputar di ruang kalbu
Akan dikenang setiap waktu
Kerana kau yang mengarang cinta itu...

Di suatu sudut yang terindah di dalam hatiku
Akan ku jamah ia selalu
Sebagai pengubat kasih rindu
Yang tidak terzahir oleh lukisan kata lain..

No comments:

Post a Comment