Semasa ibu hamil, perutnya akan mengembang 500kali ganda dari saiz normal untuk menampung kandungannya. ~ Purata darah yang hilang melalui proses kelahiran normal adalah 500ml. ~ Badan manusia hanya mampu menanggung kesakitan sehingga 45 DEL. Tetapi semasa bersalin ibu akan mengalami sehingga 57 DEL yang bersamaan dengan 20 tulang patah serentak. ~ Apabila seorang ibu mula sakit hendak bersalin, tercatatlah pahala jihad baginya. ~ Apabila seorang ibu melahirkan anak, terhapuslah dosa² yang lalu bagi wanita itu. ~ Ibu bersalin akan dapat pahala 70tahun solat dan puasa. ~ Setiap kesakitan pada uratnya, Allah hadiahkan pahala menunaikan haji. [Sakit kan? Jangan sesekali jadi anak derhaka. Hargailah dia, selagi dia ada didunia ini ] LOVE U SO MUCH MOM....!!!
Saturday, December 20, 2014
Thursday, December 11, 2014
NOKTAH
Inginku mulakan tanpa gulungan kata-kata
Terpaksa aku berbohong agar kau tak terasa
Terima kasih wahai insan terpilih
Kini terpaksa aku tinggalkan dikau...
ITU dan INI menjadi Sakai
Kau tidak lagi seperti dahulu
Kau mula mengorak langkah
Aku tampil memangkah kau Dari kehidupan Ku ...
Jika dulu kau penyumbang ceria
Kini kau hanya memberi Ku derita
Tiada kata mampu mengubat hati kecilku lagi
Pergilah dikau membawa diri jauh dariku
Kau pernah mengatakan tiada
Cinta sehebat kasih Ku
Tiada kata sehebat bicaraku
Kini semuanya hanya dusta
Setelah kau meragui kepercayaanku...
Hanya benci yang akan lahir
Dari mulutku
Selamat tinggal wahai cinta
Kerana ini merupakan pengajaran buat diriku
Hadirnya cinta dengan derita...
Friday, December 5, 2014
Dajjal
Dajjal merupakan seorang manusia, yang telah ditangguhkan ajalnya. Dia diberi kelebihan oleh Allah untuk menguji keimanan manusia. Makanan orang-orang beriman ketika Dajjal keluar nanti hanyalah tasbih (SubhanAllah), tahmid (Alhamdulillah), tahlil (La Ilaha Ilallah) dan takbir (Allahu Akbar). Sahabat bertanya, "Ya Rasulullah, kenyangkah?" "Tidak. Manusia akhir zaman berzikir hanya sebagai cara untuk terus bersabar dengan lapar." Kita kena berpuasa sunat selalu sebab waktu Dajjal keluar nanti, kita boleh bertahan dengannya kerana dia memonopoli semua makanan atas muka bumi. Antara kelebihan-kelebihan yang Allah bagi dekat Dajjal: - Boleh menyuburkan tanaman. - Boleh turunkan hujan. - Menghidupkan yang dah mati. Macam mana Dajjal nak keliling dunia cuma dalam masa 40 hari? Sempat ke? "Pergerakan Dajjal itu bagaikan hujan yang ditiup angin. Laju deh!" Dajjal akan menjadi ketua dekat dunia ni. Semua pemerintahan nanti akan ada di bawahnya. Bila dia dah kuasai semua, dia akan mengaku yang dia tuhan. Nanti , Dajjal akan suruh semua orang mengaku yang dia tu tuhan. Siapa yang mengaku, akan jatuh kafir, tapi dapat kemewahan dunia. Siapa tak mengaku, derita. Hari pertama Dajjal dekat dunia = Setahun. Hari ke 2 = Sebulan. Hari ke 3 = Seminggu. Hari ke 4 sampai hari ke 40 = hari-hari biasa. Dajjal ni penipu besar. Antara pengikutnya yang ramai adalah dikalangan kaum wanita dan kanak-kanak, kerana mereka mudah terpedaya. Sabda Nabi SAW; ketika dajjal keluar, ikatlah anak dan isterimu di tiang pada rumah. Ini untuk mengelakkan mereka keluar dan terpedaya dengannya. "Jika Dajjal keluar ketika aku masih hidup, aku akan bersama-sama dengan kamu semua untuk menentangnya." - Nabi Muhammad SAW - Dajjal akan menghidupkan semula mak kita yang dah meninggal untuk menyakinkan kita yang dia tu tuhan. Sedangkan yang hidup itu hanyalah jelmaan syaitan! "Jika kamu berjumpa dengan Dajjal, bacakanlah 10 ayat pertama dari surah al-Kahfi." - Nabi Muhammad SAW - Nabi dah pesan. Moh amalkan! Semua pelusuk dunia akan diterokai oleh Dajjal, kecuali 2 tempat sahaja iaitu Makkah dan Madinah kerana dikawal ketat oleh Malaikat. Waktu Dajjal keluar nanti, masing-masing kena lindungi diri sendiri. Takdak sapa boleh tolong dah waktu tu even seorang ibu nak tolong anak. "Kalau kita menyorok dalam air, selamat dak dari Dajjal"? Kata Syeikh Zainul Asri, penguasaan Dajjal tu di darat, laut dan udara. Tak boleh lari. "Dajjal takut dengan azan. Kalau dia buat benteng, dan waktu tu tengah azan, akan musnah benteng dia tu." - Syeikh Zainul Asri - Dajjal akan buta matanya dan akan muncul perkataan 'Kaf Fa dengan Ra' dekat dahi dia setelah dia mengaku yang dia adalah tuhan. Dajjal akan keluar bawa neraka dan syurga. Neraka yang dimaksudkan adalah kesengsaraan dan syurga adalah kebahagiaan. Neraka Dajjal sebenarnya adalah syurga dan Syurga Dajjal adalah hakikatnya neraka.Faham tak?kalau tk faham boleh tanya huhu Dajjal akan dibunuh oleh Nabi Isa a.s. selepas Dajjal berjaya tawan dunia selama 40 hari setelah dia keluar nanti. Amalkan 10 ayat pertama dan 10 ayat terakhir surah al Kahfi, maka kamu akan terselamat daripada fitnah Dajjal. Ni hadis Nabi SAW. Sabda Nabi SAW; "Hafal 10 ayat pertama daripada surah al Kahfi, maka kamu akan selamat daripada Dajjal." "Yang paling aku takut melanda umatku di akhir zaman ialah huru hara yang dibawa oleh Dajjal." - Nabi Muhammad SAW - Orang yang malas nak ambil tahu pasal Dajjal ni, mereka tak tahu betapa hebatnya huru hara yang akan dibawa oleh Dajjal nanti.
Thursday, December 4, 2014
" Bila dirimu letih dan hilang semangat, Allah tahu betapa kamu telah mencuba sedaya upaya. Bila tangisanmu berpanjangan Dan hatimu kedukaan, Allah telah mengira titisan air matamu.
Bila dirimu rasa ketinggalan Dan masa meninggalkanmu, Allah sentiasa disisi.
Bila dirimu mencuba segalanya tetapi tidak tahu tujuan, Allah ada jalan penyelesaiannya. Bila tiada yang bererti buatmu, kecewa dan keliru , Allah ada jawapannya..."
Wednesday, December 3, 2014
Saat Bulan Berbicara
Bulan berbicara kepadaku lagi
Di kala malam menjelang tiba
Saat siang melambai pergi
Mulalah bulan berpuisi...
Ingin bulan berpuisi kepada matahari
Tapi tiada matahari di sini
Hanya kegelapan menemani diri
Berjodoh dengan langit sepi...
Menangis bulan sendirian
Yang dicinta tidak ketemu
Hanya aku yang setia
Mendengar segala puisi dukanya
Sewaktu malam menjelma...
Bilakan bulan dapat bertemu
Kekasih yang dicinta
Walau tidak pernah ditemu
Walau tidak kenal isi hatinya
Tapi bulan tetap memuja matahari
Dapatkah mereka ketemu ...?
Coretan Buat Sahabat
SAHABAT...
Saat ini aku tersedar daripada lamunan
Aku mengerti mengenalimu
Amat bermakna bagiku
Tapi...
Aku masih mencuba untuk mengerti
Mengapa pertemuan murni ini
Hanya sementara
Tika persahabatan ini kita pertahankan
Pasti aral datang menghalang
Ku bina persahabatan
Ku semai kejujuran
Ku tabur keikhlasan
Akhirnya...
Hati ini mengerti jua
Kita dipertemukan di hujung jari
Meski kau jauh beribu batu
Meninggalkan diri ini ..
Kembara Sepi
Tuhanku....
Sesungguhnya aku telah kehilangan dalam dunia INI
Entah siapa yang harus Ku salahkan
Bila aku rasakan diriku sebatang kara
Tiada Ku toleh kiri kanan melainkan wajahMu
Yang sentiasa tergambar dibenakku
Yang sentiasa senyum
Dan menghulur tanganMu
Seperti seorang ayah menyayangi anaknya
Membujuk kesedihannya
Untuk mengeringkan air matanya
Seperti kau ambil Khadijah daripada Muhammad
Untuk kau menjemput dia menjadi tetamuMu
Di ArasyMu di Sidratulmuttaha
Sebagai membuktikan betapa
Kasih dan sayangMu mengatasi segalanya.
Dan kau ambil dia daripadaku
Hanya untuk mendekatkan aku padaMu
Supaya kau dapat saksikan
Betapa kasihMu adalah lebih besar
Atas segala-galanya.
Dan kau jadikan cintaku pada dia
Adalah lambang cintaku padaMu
Kau jadikan dia seketika berada disisiku
Sekadar menjinakkan hatiku
Supaya dekat padaMu Dan mencintaiMu
Tuhanku...
Sesungguhnya aku seorang kembara sepi
Yang berjalan di bawah bayangMu
Dalam jagatraya
Dimana aku ditinggalkan sendiri...
Bicara Sang Cinta
Sayang ...
Perlukah gendang perang Ku tabuhkan
Tanda permulaan sengketa cinta nan Lara
Agar satu Malaya tergamam seketika
Betapa kota cinta itu renap sekelip mata
Angkara lembut lidah menyular bicara ...
Terjelir lagi lidah ini menyebut namamu
Halta tertokak luka dan berdarah
Dek sulaman janji manis bermain bicara
Lantas terjegil aku dari mimpi semalam
Kerana semua itu hanyalah satu ilusi
Namun hati ini tetap jua berdarah lagi...
Sayang seribu Kali sayang
Mengapa kita tidak sekental Laila Majnun
Tidak sehebat Uda & Dara
Sebuah perkasihan yang tidak seutuh cinta Shahjehan
Mengapa hanya sekadar kekuatan sebuku roti?
Yang relai tatkala dijilat secawan kopi...
Sebenarnya aku dah penat bekerjaran
Menyusur alur tebingan cinta berkarat
Cinta nan meratah sekeping hati yang tercalar
Manakan bisa senbuh....
Kerana parut itu satu kelemahan
Cukup sudah hati ini remuk berkecai berderai
Keranamu yang merompak cintaku
Dan lantas menjadi si peragut kejam
Yang membiarkan aku koma terbeliak butir mata
Setelah kau taburi paku-paku cinta di jalanan
Lalu ku redah jua hinggakan berdarah
Kerana DIA kau sanggup renapkan
Impian kau hancurkan sebuah harapan
Hatimu bergoyang berdaun lalang digertak
Sang angin ...
Mudah meliuk walau dihembus
Terima kasih kepadamu atas kelukaan ini
Sampaikan salam bahagia kepadanya
Kerana berjaya memilikimu
Insan yang akan terus berkelana...
Coretan ini daripada seorang SAHABAT