Wednesday, December 3, 2014

Bicara Sang Cinta

Sayang ...
Perlukah gendang perang Ku tabuhkan
Tanda permulaan sengketa cinta nan Lara
Agar satu Malaya tergamam seketika
Betapa kota cinta itu renap sekelip mata
Angkara lembut lidah menyular bicara ...
Terjelir lagi lidah ini menyebut namamu
Halta tertokak luka dan berdarah
Dek sulaman janji manis bermain bicara
Lantas terjegil aku dari mimpi semalam
Kerana semua itu hanyalah satu ilusi
Namun hati ini tetap jua berdarah lagi...
Sayang seribu Kali sayang
Mengapa kita tidak sekental Laila Majnun
Tidak sehebat Uda & Dara
Sebuah perkasihan yang tidak seutuh cinta Shahjehan
Mengapa hanya sekadar kekuatan sebuku roti?
Yang relai tatkala dijilat secawan kopi...
Sebenarnya aku dah penat bekerjaran
Menyusur alur tebingan cinta berkarat
Cinta nan meratah sekeping hati yang tercalar
Manakan bisa senbuh....
Kerana parut itu satu kelemahan
Cukup sudah hati ini remuk berkecai berderai
Keranamu yang merompak cintaku
Dan lantas menjadi si peragut kejam
Yang membiarkan aku koma terbeliak butir mata
Setelah kau taburi paku-paku cinta di jalanan
Lalu ku redah jua hinggakan berdarah
Kerana DIA kau sanggup renapkan
Impian kau hancurkan sebuah harapan
Hatimu bergoyang berdaun lalang digertak
Sang angin ...
Mudah meliuk walau dihembus
Terima kasih kepadamu atas kelukaan ini
Sampaikan salam bahagia kepadanya
Kerana berjaya memilikimu
Insan yang akan terus berkelana...


Coretan ini daripada seorang SAHABAT

No comments:

Post a Comment