Inginku mulakan tanpa gulungan kata-kata
Terpaksa aku berbohong agar kau tak terasa
Terima kasih wahai insan terpilih
Kini terpaksa aku tinggalkan dikau...
ITU dan INI menjadi Sakai
Kau tidak lagi seperti dahulu
Kau mula mengorak langkah
Aku tampil memangkah kau Dari kehidupan Ku ...
Jika dulu kau penyumbang ceria
Kini kau hanya memberi Ku derita
Tiada kata mampu mengubat hati kecilku lagi
Pergilah dikau membawa diri jauh dariku
Kau pernah mengatakan tiada
Cinta sehebat kasih Ku
Tiada kata sehebat bicaraku
Kini semuanya hanya dusta
Setelah kau meragui kepercayaanku...
Hanya benci yang akan lahir
Dari mulutku
Selamat tinggal wahai cinta
Kerana ini merupakan pengajaran buat diriku
Hadirnya cinta dengan derita...
No comments:
Post a Comment