Saturday, June 20, 2015
IKHTIAR YANG PERTAMA APABILA SAKIT
Ada seorang doktor cuba buka klinik/rumah rawatan di Madinah/Mekah. Selama 6 bulan dia buka, tiada seorang pesakit pu yang datang untuk mendapatkan rawatan dengannya. Jadi dia pelik. Orang-orang di sini tidak pernah sakitkah ?
Akhirnya dia jumpa jawapannya....
Bila mana saja kami sakit.
Perkara pertama yang kami akan buat ialah solat dua rakaat dan memohon kesihatan dari Allah S.W.T. Insyaallah sembuh dengan izin dan kasih sayang Allah S.W.T
Kalau tak sembuh pergi pada cara kedua.
Iaitu baca Al-Fatihah 7 kali tiup pada air dan minum. Dan Alhamdulillah kami akan sihat.
Tapi kalau kami tak sihat juga. Kami akan pergi pada cara yang ketiga iaitu bersedekah.
Bersedekah dengan niat pahalanya dijadikan asbab penyembuh sakit itu. Dan insyaallah akan sembuh.
Kalau tidak sembuh kami akan pergi pada cara yang keempat iaitu solat taubat dan istighfar.
Sebab Nabi saw beritahu sakit ini salah satu asbab pengampunan dosa. Jadi kena banyak istighfar dan taubat.
Kalau tak sembuh juga baru pergi pada cara yang kelima iaitu madu dan habbatussauda.
Dan yang keenam iaitu tumbuhan dari bumi seperti bawang putih, zaitun, halia dan lain-lain.
Friday, June 12, 2015
Inilah Ertinya Sahabat
Bukan mudah untuk kita memiliki seorang sahabat yang benar-benar setia dan memahami. Maklumlah, dalam dunia ini terdapat bermacam-macam ragam manusia yang sukar ditafsirkan.
Jadi, kalau tersilap pilih kawan alamatnya, meranalah diri kerana sahabat turut memberi pengaruh yang besar dalam kehidupan individu.
Di sini saya mahu kongsi sedikit sebanyak tips untuk mencari seorang teman sejati .
1- Boleh berkongsi apa sahaja
Individu dari kategori ini sanggup mengenepikan krisis yang dialaminya demi seorang sahabat.
Tetapi jangan pula kita mengambil kesempatan atas kebaikan dirinya pula.
2- Memahami
Boleh menerima dan mendengar nasihat serta pandangan yang diberikan dengan hati yang terbuka.
Nasihat yang diberikan juga amat menyakinkan. Individu seperti ini wajar kita dampingi sebagai sahabat sejati.
3- Professional
Sedang kamu mengalami krisis percintaan, si sahabat datang menghampiri mu dan memahami situasi mu. Dia cuba memberi nasihat dengan meletakkan diri mu dalam dirinya. Nasihat dan pandangan itu, ternyata tidak mempunyai unsur berat sebelah dan sekali gus tidak meletakkan kesilapan mana-mana pihak! jelaslah dia adalah sahabat yang perlu didampungi.
4- Jujur
Setiap kali ada yang tidak kena dengan penampilan, dia akan menegur dengan bijak. ternyata dia inginkan kamu " cantik " sepanjang masa.Dari teguran dan komen yang diberikan itu ternyata membina. Kamu boleh menerima dengan hati yang terbuka.
Subscribe to:
Posts (Atom)