Saturday, June 20, 2015
IKHTIAR YANG PERTAMA APABILA SAKIT
Ada seorang doktor cuba buka klinik/rumah rawatan di Madinah/Mekah. Selama 6 bulan dia buka, tiada seorang pesakit pu yang datang untuk mendapatkan rawatan dengannya. Jadi dia pelik. Orang-orang di sini tidak pernah sakitkah ?
Akhirnya dia jumpa jawapannya....
Bila mana saja kami sakit.
Perkara pertama yang kami akan buat ialah solat dua rakaat dan memohon kesihatan dari Allah S.W.T. Insyaallah sembuh dengan izin dan kasih sayang Allah S.W.T
Kalau tak sembuh pergi pada cara kedua.
Iaitu baca Al-Fatihah 7 kali tiup pada air dan minum. Dan Alhamdulillah kami akan sihat.
Tapi kalau kami tak sihat juga. Kami akan pergi pada cara yang ketiga iaitu bersedekah.
Bersedekah dengan niat pahalanya dijadikan asbab penyembuh sakit itu. Dan insyaallah akan sembuh.
Kalau tidak sembuh kami akan pergi pada cara yang keempat iaitu solat taubat dan istighfar.
Sebab Nabi saw beritahu sakit ini salah satu asbab pengampunan dosa. Jadi kena banyak istighfar dan taubat.
Kalau tak sembuh juga baru pergi pada cara yang kelima iaitu madu dan habbatussauda.
Dan yang keenam iaitu tumbuhan dari bumi seperti bawang putih, zaitun, halia dan lain-lain.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment