Friday, June 12, 2015

Inilah Ertinya Sahabat


Bukan mudah untuk kita memiliki seorang sahabat yang benar-benar setia dan memahami. Maklumlah, dalam dunia ini terdapat bermacam-macam ragam manusia yang sukar ditafsirkan.
Jadi, kalau tersilap pilih kawan alamatnya, meranalah diri kerana sahabat turut memberi pengaruh yang besar dalam kehidupan individu.
Di sini saya mahu kongsi sedikit sebanyak tips untuk mencari seorang teman sejati .

1-  Boleh berkongsi apa sahaja

Individu dari kategori ini sanggup mengenepikan krisis yang dialaminya demi seorang sahabat.
Tetapi jangan pula kita mengambil kesempatan atas kebaikan dirinya pula.


2- Memahami

Boleh menerima dan mendengar nasihat serta pandangan yang diberikan dengan hati yang terbuka.
Nasihat yang diberikan juga amat menyakinkan. Individu seperti ini wajar kita dampingi sebagai sahabat sejati.


3- Professional

Sedang kamu mengalami krisis percintaan, si sahabat datang menghampiri mu dan memahami situasi mu. Dia cuba memberi nasihat dengan meletakkan diri mu dalam dirinya.  Nasihat dan pandangan itu, ternyata tidak mempunyai unsur berat sebelah dan sekali gus tidak meletakkan kesilapan mana-mana pihak! jelaslah dia adalah sahabat yang perlu didampungi.


4- Jujur

Setiap kali ada yang tidak kena dengan penampilan, dia akan menegur dengan bijak. ternyata dia inginkan kamu " cantik " sepanjang masa.Dari teguran dan komen yang diberikan itu ternyata membina. Kamu boleh menerima dengan hati yang terbuka.






No comments:

Post a Comment