Wednesday, May 28, 2014

My Crush My Husband_3

Setahun kemudian......

Tahun ini, Zahara akan menduduki Penilaian Menengah Rendah ( PMR ). Tahun ini juga , masuk tahun kedua dia memendam perasaan itu.Kadang-kadang dia tertanya-tanya.
Bagaimana dia boleh TERsuka dekat si Azaire ni. Dia seperti memukau diri Zahara sejak kali pertama
melihat dirinya. Sejak hari itu Zahara mulai diselubungi suatu perasaan aneh. Sungguh perasaan itu membuatkan Zahara berada di alam lain. Diari biru tersusun kemas di atas meja Zahara ambil
lalu membuka helaian demi helaian. Pen biru dicapai lalu tangannya mulai menari-nari di atas sehelai halaman.

"Dear Diary................
Am i a stupid girl? Am i most stupid girl in this world? Stupid! Penat.... Aku penat suka dekat kau...
budak jambu..aku pun tak tahu macam mana aku boleh TERsuka dekat kau..Walhal kau dah rembat semua ciri-ciri lelaki yang aku tak suka..Huh. Hairan aku..." Helaian kertas tersebut mulai basah .
Setitik  demi setitik air matanya jatuh. Zahara mengetap bibirnya. Cepat-cepat dia mengesap air matanya.
Luluh hati Zahara memikirkan masalah ini. Keluhan berat dilepaskan lalu meneruskan kerjanya. "Aku penat,
stalk  kau dari jauh. Kau tak reti ke nak buka mulut cakap dekat aku? Kenapa kau buat aku rasa terpinggir?
Jujur, kadang-kadang terselit rasa cemburu dalam diri aku terhadap kawan aku. Crush....
kau layan dia orang tapi kau tak pernah layan aku. Buruk sangat ke aku depan mata kau?" Diari biru ditutup
lalu Zahara menyembamkan mukanya di atas bantal. Sungguh dia resah. Zahara tidak tahu apa yang harus
dilakukannya untuk menghapuskan rasa suka yang ada dalam dirinya.

"Tahniah! Kamu semua telah terpilih mengikuti Program murid Cemerlang dan Program Mentor dan Mentee
dalam  tingkatan di atas keputusan peperiksaan kamu yang meningkat."
Zahara tidak menyangka bahawa dia telah terpilih mengikuti Program Mentor dan Mentee. Di mana seorang
guru akan menjadi mentor terhadap menteenya iaitu pelajar yang terpilih.
Tidak sia-sia usahanya mengulangkaji pelajaran siang dan malam untuk mengikuti program ini. Mereka diberikan taklimat mengenai program ini yang akan dirasmikan pada minggu hadapan.

"Ok, sekarang cikgu nak kamu beratur ikut list name yang ada dalam tangan cikgu ni.Perhimpunan
minggu hadapan kamu jangan pandai-pandai nak ubah kedudukan kamu pula. Nanti susah cikgu nak cari kamu. Perhimpunan minggu hadapan merupakan perasmian kamu semua dalam Program Murid Cemerlang
dan Program Mentor dan Mentee." Cikgu Karina guru kauseling, memberi kedudukan kepada mereka untuk beratur mengikut senarai nama yang ada dalam kertas yang dipegangnya.

Satu persatu nama murid disebut, giliran namanya pula disebut. Zahara sempat berkenalan dengan seorang dua pelajar yang terpilih mengikuti program tersebut.

" Azairee Hazwan !" Membulat matanya sebaik sahaja mendengar nama itu."Alamak budak samseng tu
terpilih juga."Zahara memberi keluhan yang berat. Berkali-kali namanya disebut namun kelibatnya langsung
tidak kelihatan. Dia berlari tercungap-cungap bersama dengan seorang rakannya. Dalam diam Zahara memerhatikan Azairee dari jauh. Tergaris sebuah senyuman dibibirnya. " Alangkah baiknya jika dia sedar bahawa aku menyukai dirinya. Alangkah baiknya jika dia menjadi sahabatku.."

"Maaf cikgu, kita orang ada pemilihan atlet bola sepak tadi." Pendek alasannya." Nasib baik tak kantoi kalau tak jatuh saham aku. Oh, atlet rupanya budak samseng ni."
Hampir jatuh rahang Zahara apabila cikgu Karina memberikan kedudukan Azairee di belakangnya.

"Cik adik." Lamunannya mati sebaik sahaja Zahara mendengar seseoramg memanggilnya. " Huh gelaran cik adik kau bagi kat aku." Zahara menelan liurnya. Kelat. Bibirnya diketap lalu menoleh ke arah belakang.
Sungguh Zahara tidak sanggup menoleh ke arah belakang apa tidaknya Azairee betul-betul berdiri
di belakang Zahara.

"Nama kau siapa?" Zahara melepaskan keluhan. Kawan dia rupanya." Zahara....Zahara Fatihah."
Sebuah senyuman diberikan kepada lelaki tersebut. Zahara sempat mengalihkan pandangannya ke arah
Azairee, mata mereka bertaut sebuah senyuman diberikan kepada Zahara. Cepat-cepat Zahara menoleh
ke hadapan. Zahara memejamkan matanya dan mengetap bibirnya. Mukanya membahang panas.
Senyuman itu membuatkan hati Zahara semakin cair.

" Nama dia Zahara Fatihah." Zahara mendengar lelaki tadi menyebut namanya kepada Azairee sekali lagi.
Zahara membuat kesimpulan bahawa yang ingin bertanyakan namanya tadi ialah Azairee.
Keluhan berat dilepaskan. " Hina sangat ke aku depan mata dia. Dia sanggup minta bantuan kawan dia yang jauh di belakang untuk bertanyakan nama aku je."

Hari demi hari berlalu. Masa begitu pantas berlalu.  Tahun ini hampir tiga tahun Zahara memendam perasaan itu. Pashmina Turquoise disambar lalu Zahara lilitkan di atas kepalanya.Dengan keputusan
Penilaian Menengah Rendahnya yang agak mengecewakan sebentar tadi dia mengambil keputusan untuk
menenangkan fikiran.

Pangkin yang terletak di hadapan sawah padi milik ayahnya menjadi tempat berteduh. Tenang rasanya melihat ciptaan Allah yang terbentang luas di hadapan.Masalahnya dapat dia lupakan sejenak.
Matanya dipejam rapat. Satu keluhan berat dilepaskan. Angin petang berhembus laju, kedua belah tangannya diletak ke belakang lalu segaris senyuman terukir dibibir. Sungguh nyaman udara pada petang ini.

"Wahh! Mengelamun nampak! ingat someone la tu. Kan Aina!." Terkejut. Itulah reaksinya sebentar tadi
"Alahai korang ni kacau daun la pula." Zahara merungut lalu mencebik. Safiza, Zahara dan Aina, hampir 3 tahun persahabatan mereka terjalin. Meskipun mereka agak kebudak-budakan namun Zahara bersyukur
kerana ALLAH memberikan sahabat yang baik kepadanya.

"Ala, Hara.Kau janganlah bersedih macam ni, ni pengajaran buat kau. Buat aku, buat Fiza juga. Kita sama-sama tak dapat masuk sains tulen tapi kita masih dalam kelas yang sama! Yeah! Tak pe SPM nanti kita sama-sama buat yang terbaik. Ok!" Zahara hanya tersenyum mendengar kata semangat Aina.

"Korang... korang rasa orang tu bodoh tak, kalau dia suka dekat seseorang itu dalam diam, begitu bertahun
lamanya?" Setelah beberapa minit berdiam diri akhirnya Zahara bersuara..Membulat bola mata Aina dan Safiza mendengar pertanyaan daripadanya. "Tak bodoh pun, dah hati kata suka. Nak buat apa lagi kan?
Kenapa? Kau ada suka dekat seseorang ke?" Safiza menduga.Zahara hanya menggeleng kepala. Dia tidak mampu menjawab pertanyaan Safiza. Mereka masing-masing berdiam diri melihat pemandangan
yang indah terbentang luas di hadapan.

#Bersambung...




Saturday, May 24, 2014

My Crush My Husband_2

Tiga bulan berlalu, hari demi hari Zahara dapat menerima kenyataan bahawa kini dia bergelar
pelajar di sebuah sekolah yang dia anti dahulu.
Perasaan itu, sejak kali pertama dia melihatnya, Zahara berasa terpukau. Setiap hari, dia mencuba untuk
menghilangkan perasaan itu. Benar kata Safiza, dia pencuri. Zahara salah seorang mangsanya. Dia terjerat dalam sebuah permainan. Permainan perasaan. Azaire dia pencuri hati Zahara. 
"Apa yang harus aku lakukan? Cukup sekali aku pernah terjerat dalam permainan itu. Aku tak sanggup 
dibebani dengan masalah ini."

"Mak aii! Budak ni jauhnya mengelamun! Tak baik tau anak gadis mengelamun tengah-tengah tangga rumah." Puan Zura menyergahnya dari belakang. Lamunanya mati lalu tersengih kelat. 
"Ara tolong ibu boleh tak?" Zahara hanya mengangguk. Puan Zura menghulurkan sekeping duit kertas berjumlah RM10 kepada anak gadisnya. "Beli garam , dan bawang.
Terima kasih." Puan Zura mengusap kepalanya, Zahara memberi senyuman. Zahara bangkit dari duduknya 
masuk ke dalam rumah. Tudung bawal berwarna biru yang berlipat di dalam almari dicapainya lalu 
disarungkan di atas kepala.

"Semuanya RM 5 ." Zahara menelan liurnya sebaik sahaja melihat wajah juruwang tersebut. Azaire , dia
memang kacak. Dalam pandangan Zahara wajahnya seperti Andhika Pratama. Tapi bukan sebab itu Zahara terperangkap dalam permainan tersebut. Yang pastinya, dia masih tidak dapat mengetahui apa yang 
membuat hatinya berjaya dicuri oleh jejaka bermata redup itu. Duit kertas RM 10 Zahara beri kepadanya, 
dia memulangkan RM 5 lalu menguntumkan senyuman. Senyumannya... Buat Zahara cair...



#Bersambung....

Thursday, May 22, 2014

My Crush My Husband_1

"Apa?! Pindah? Kenapa tiba-tiba je ni ibu? Ayah?Tak sampai dua tahun pun lagi kan Hara sekolah dekat sekolah perempuan tu ? Hara tak nak pindah dekat sekolah campur ni. Lagi-lagi sekolah apa nama? Ibu ngan ayah tak tahu ke pasal sekolah tu? Sekolah tu hmm masya-Allah! Semua perangai budak sekolah sana tu jahat-jahat belaka tau!"Terkejut. Ya itulah reaksi Zahara sebaik sahaja Puan Zura memberitahunya bahawa dia akan dipindahkan ke sekolah yang paling dia anti di antara sekolah-sekolah di Sungai Besar ini.

"Kamu jangan nak banyak complain ara. Keputusan ibu dan ayah, muktamad! Kalau kamu membantah juga,
baik kamu berhenti sekolah. Tak reti nak bersyukur ke ibu dan ayah sekolahkan kamu!
Lagipun sekolah kamu tu jauh sangat dengan rumah ni,sekolah baru itu dekat je dengan rumah kita.
So,kamu tak payah susah-susah tunggu bas sampai lewat petang nak pulang rumah. Jalan kaki je pulang nanti." Zahara menundukkan wajahnya sambil mengetap bibir.Ah sudah! Ibunya memulai syarahannya. Zahara bingkas bangun dari duduknya lalu masuk ke dalam bilik, tanpa mengendahkan Puan Zura dan Encik Fuad yang duduk di hadapanya.

Puan Zura dan Encik Fuad hanya menggeleng kepala melihat tingkah laku Zahara. Satu keluhan berat dilepaskan sebaik sahaja dia melabuhkan punggung di atas katil lalu menyembamkan wajahnya di atas bantal. Zahara menjerit sekuat hati melepaskan segala masalah yang membelenggu dirinya.
Tiba-tiba satu pukulan menghambat bahu  kirinya. Dia menghentikan jeritan lalu menelan liur.Kelat. Angin kuat menerobos masuk ke dalam kamar.

Pelahan-lahan Zahara mengangkat wajahnya, seorang budak perempuan duduk di hadapannya sambil memeluk tubuh. Zahara hanya tersengih kelat.

"Kakak! Bisinglah! Farah nak tidur pun tak boleh! Ni apa pula masalah akak ni?" Farah memuncungkan bibirnya lalu melepaskan keluhan berat.

Zahara mencubit kedua belah pipi adiknya lalu melepaskan senyuman yang lebar. Farah menepis tangan kakaknya lalu menggosok-gosok pipinya yang kemerahan akibat cubitan sebentar tadi.

" Maafla. Kakak cuma protes je, ibu ngan ayah nak pindahkan akak dekat sekolah kamu tu. Kamu macam tak tau akak anti sangat dengan sekolah tu.Wahh akak nak buat apa ni dik?"
Zahara meraup wajahnya. Farah menepuk-nepuk bahu kanan lalu bangkit dari katil. Tingkap yang terbuka sebentar tadi ditutupnya. Senyuman nakal terukir di bibir Farah." Akak redha jela, akak cuma dengar kabar angin je tu.Sekolah tu ok je, korang ni je yang suka buruk-burukan sekolah tu." Selimutnya ditarik menyelimuti tubuhnya yang sudah terbaring di atas katil.

Zahara duduk bersendirian di atas bangku bersebelahan bilik guru.Persekitaran sekolah kelihatan begitu usang.Zahara mencebik.Seorang cikgu perempuan bertudung ungu keluar daripada bilik guru tersebut.Zahara menguntumkan senyuman mesra kepadanya, senyumannya di balas.

"Kamu Zahara Fatihah binti Ibrahim kan ?" Cikgu itu inginkan kepastian mengenai diri Zahara. Zahara hanya mengangguk. " Jom ikut cikgu, cikgu tunjukkan kelas kamu kat mana." Zahara mengekori Cikgu Mila dari belakang. Akhirnya mereka berhenti  di hadapan sebuah kelas. Suasana kelas tersebut yang tadinya bising kini kembali senyap. " Aku ada kuasa ke? Boleh buat semua orang senyap." Zahara tersenyum  kelat. Lamunannya terhenti sebaik sahaja Cikgu Mila menggerakkan tangan kanannya.

"Ok cikgu, Zahara saya minta diri dulu la ye. Assalamualaikum." Cikgu Mila mulai berganjak keluar daripada kelas meninggalkan Zahara yang masih tercegat berdiri di hadapan kelas.
" Kenalkan diri kamu." Cikgu mualaf yang bernama Mikail itu bangkit dari tempat duduknya lalu menyuruh Zahara memperkenalkan diri. "Mak aii! Kacak betul cikgu ni." Zahar tersengih sendirian . Sejurus sahaja memperkenalkan diri,Zahara mulai berganjak dari situ lalu duduk di barisan belakang bersebelahan
dengan tingkap.

Waktu rehat mulai berlangsung. Zahara bungkam memandang meja kosong di hadapanya. Soalan yang diajukan oleh rakan sekelasnya, dijawabnya hanya sekerat demi sekerat.

Dua minggu berlalu, dia masih dengan sifatnya yang ego.Sungguh dia tidak dapat menerima kenyataan bahawa dia telah bersekolah di sekolah yang dia paling anti. Zahara melepaskan keluhan berat lalu memandang ke arah luar.Tumpuannya terhadap kelas langsung tidak diendahkan. Seorang demi seorang lelaki kelihatan mulai keluar dari kelas sebelah. Huh nak ponteng kelas la tu. Zahara hanya melihat gelagat mereka yang keluar dari kelas melalui pintu belakang. Rasa simpati terhadap cikgu yang berusia , yang sedang mengajar di kelas itu timbul dalam dirinya.
Zahara mulai tertarik dengan seorang lelaki berambut spike berkulit kuning langsat yang turut keluar daripada kelas tersebut. Senyuman lebar terukir di bibirnya. " Padan muka kan dah kena tangkap.Langsung tiada skill nak ponteng ke?" Zahara hanya menggeleng kepala. Rakan-rakanya turut ditangkap oleh seorang cikgu yang berwajah bengis. Mereka berdiri di hadapan kelas menunggu rotan yang akan menghambat telapak tangan mereka. Zahara asyik memerhatikan lelaki yang tidak mempunyai kemahiran ponteng itu dari jauh.
" Mak aii kenapa dengan aku ni? Tak kan la aku suka dengan budak samseng tu."
Zahara tersenyum sendirian.

" Hara! Kau stalk Azaire ek?" Zahara tersedar dari lamunannya sebaik suara halus mulai kedengaran di corong telinganya. Safiza tersenyum melihat muka Zahara yang mulai membahang kemerahan. Zahara mulai kalut. Tudung yang tersarung di atas kepalanya di kemaskan sedikit. " Azaire ? Siapa tu? budak rambut durian tu ke?" Soalnya selamba. Safiza mengangguk.
" Oh! Aah... eh tak.. taklaa..aku tak minatla nak stalk budak samseng mcam tu...hehehe" Zahara tersengih kelat. " Kau jangan cakap macam tu Hara. Dia tu pencuri tau. Aku tengok dia ramai peminat juga.
Tapi dia tak berminat dengan dia orang semua tu. Aku tak tahu la dekat luar sekolah macam mana pula kan.
Dia tu pelik, tak suka layan budak perempuan."
Zahara terangguk-angguk mendengar kata-kata Safiza.

Perbualan mereka terhenti sebaik sahaja  Cikgu Melina membaling marker pen ke arah mereka berdua.
" Apa yang korang gosipkan tu ha?! Mari sini korang berdua! Buat ketuk ketampi sebanyak 50 kali!"
Zahara dan Safiza saling berpandangan lalu memulakan hukuman mereka berdua. Tiba-tiba Zahara berasa dirinya seperti diperhatikan. Mainan perasaan. Ya. Mainan perasaan, itu yang ada di dalam benak
fikirannya sekarang ini. " Mamat samseng tu! Kalau bukan sebab dia aku tak lah kena ketuk ketampi macam ni! Huh! Tapi memang salah aku pun." Zahara merungut sendirian....






# Bersambung.....





















Wednesday, May 21, 2014

Duhai Adam, Aku Ingin Yang Halal :-)





Ketika dirimu resah dalam menanti kehadiranku,
berdoalah kepada ALLAH, dan meminta hanya pada-Nya
dan berusahalah kerana aku hanya insan tiada daya upaya
dan ALLAH pemilik nyawaku...
Memohonlah pada ALLAH ynag berhak,
milikilah hatiku dengan izin ALLAH
milikilah cintaku kerana-Nya
miliki diriku kerana agamanya
& milikilah jiwaku kerana-Nya
Sekiranya dirimu telah siap maka dapatilah aku kerana-Nya
dan aku pun tetap menantimu dipelataran sejadah cinta-NYA


* Ya Rabbi * ~ Ajarilah kami bagaimana memberi  sebelum meminta, berfikir sebelum bertindak,
santun dalam berbicara,tenang ketika gundah, diam ketika emosi melanda, bersabar dalam setiap ujian.
Jadikanlah kami seorang yang lembut seperti Abu Bakar Ash Shiddiq, sebijaksana Umar bin Khattab, sedermawan Uthsman bin Affan, sepintar Ali bin Abi Thalib, sederhana Bilal , setegar Khalid bin Walid
radiallahu'anum..Amin Ya Rabbal'alamin.


Padamu Adam...
dengarlah pemohonan maafku
maaf atas segala salah yang telah aku lakukan padamu
kau bertanya ,salahku apa?? Ketahuilah aku begitu banyak salah padamu..
Maaf,  untuk apa katamu ?



Maka dengarlah ADAM....


Aku meminta maaf setiap tatapanmu padaku yang akhirnya mennorehkan gundah dihatimu...
Aku meninta maaf atas setiap alunan suaraku, yang kadang ku akui sengaja ku lembutkan demi menggetarkan rasamu..
Aku meminta maaf akan tiap gerakan tubuhku yang kadang ku sengaja bergerak untuk
menarik perhatianmu..
Aku meminta maaf setiap senyuman manisku yang ku tahu akan menganggu tidurmu..
Aku meminta maaf akan tiap renyah tawaku, yang aku pun tahu akan membayangi tiap angamu..
Aku meminta maaf untuk setiap hentakan kakiku, yang pastinya akan membuatmu menatap suka.
Aku meminta maaf setiap celoteh candaku yang membuatmu nyaman berlama-lama berbicara denganku
daripada teman ikhwanmu...


Dan aku meminta maaf kerana aku lakukan dengan sedarku, dengan sengajaku..
Aku meminta maaf kerana aku pun menikmati tiap perhatianmu itu..
Adam...maafkan aku setiap polesan bedak dan komestik yang sengaja ku pakai agar matamu menatapku kagum..
Maafkan aku setiap pakaian yang aku kenakan dengan bentuk sedemikian rupa hingga
hatimu resah menatapku..
Maafkan aku akan setiap kerlingan mataku yang kadang aku sengaja mencari-cari tatapanmu,
hingga ketika tatapan kita bertemu, aku yakin cukup membuatmu gelisah..Dan aku puas..
Maafkan aku setiap perhatian yang aku beri yang membuatmu selalu memerlukan aku lebih
dari segalanya...
Maafkan kau setiap kemanjaan yang aku sengaja aku lakukan padamu, agar membuatmu
lemas dan membekas rasa dihatimu..


Sungguh , aku meminta maaf padamu adam..
kerana aku lakukan dengan sengajaku..
Dan aku meminta maaf akan setiap godaan yang timbul dari laku ku..
Akan semua gelisah yang aku toreh kerana sukamu padaku
Maafkan aku akan perhatianmu yang aku rebut, hingga kau lebih memperhatikanku daripada
orang tuamu..
Akan setiap ungkapan rindu yang telah aku semaikan dihatimu, telah membuatmu lebih merindukanku
darpada Rabbimu..
Ketahuilah adam, fitrahku kaum hawa adalah daya tarikan yang kuat di dunia ini.Aku hawa mampu
menjadi senjata iblis untuk memujukmu memakan syajaratul khuldi yang terlarang..
Namun di tanganmu yang bijak, aku hawa yang menjadi pondasi yang kukuhkan imanmu sebagai
khadijah terhadap Nabi Muhammad..


Adam..jangan pernah segan menegur aku, bila aku salah di matamu,
kerana sungguh ALLAH membentuk hatiku dari daging yang paling lembut agar aku mudah
tersentuh dengan segala nasihat..

Mataku begitu mudah menangis dengan sentuhan sedikt sahaja.Namun ingatlah Adam...aku hawa dari tulang rusukmu yang paling bengkok, maka fitrahku memang untuk meluruskanku. kerana kau akan
menemukanku patah, sekali aku patah tak akan mampu bersambung lagi..

Namun jangan pula membiarkanku terus bengkok ,
tetapi cubalah meluruskanku..dengan hikmah , dengan bijaksana...
maka kau pun akan menemukanku lurus , bahkan mampu mengukuhkanmu..

ADAM...maafkan atas segala perilaku ku...















( KISAH KAMI )_KNEESAZHAN & FARAH AINI _04

KNEESAZHAN...

Dah dua hari aku perhatikan wajahnya yang kadang-kadang pucat.. Dan kadang-kadang tu aku lihat dia menahan sakit di bahagian perutnya.. Sayunya hati.. rasa simpati pun ada jugak.
"Sakit sangat ke perut kau tu? Masuk angin ke..?"
"Sakitla jugak..mungkin masuk angin kut..",katanya..lalu aku menyuruhnya sapukan minyak angin pada perutnya agar kurang sedikit sakitnya.
Esok paginya dalam kelas , dia mengadu sakit perut.. aku mula risau dengan keadaanya ..
Aku cuba menyatakan hasratku untuk bawanya ke klinik..tapi jawapan yang lahir dari mulutnya buat aku hampa.. "xyah la ke klinik..aku tak beranila..xde pape nie..", hanya itu yang mampu dia katakan ..
Dalam fikirannya ketika itu mungkin dia sudah tahu apa yang akan berlaku..
Selepas habis kelas, aku dan dia berbual mesra di bilik..dan sambil itu dia berusaha untuk melegakan sakit diperutnya..Nak tahu apa dia buat???
Mulanya, dia sapukan minyak angin pada perutnyaa.. n aku perasan tiga kali dia berulang alik dari tandas..
Akhirnya  aku bersuara." kau okay tak? keluar ke?", jawapannya.. "tak la Farah.. perut aku makin sakitlaa..,"
Kemudian aku tengok dia terbaring ja.. macam teruk sangat."kau okay tak ?"tegur aku..
"entahlaa aku rasa makin sakit dan badan aku rasa lemah.. aku tak larat laa Farah..",katanya
lalu aku menyuruhnya rehatlaa..tapi dugaanku salah aku ingat dia tidur..rupanya dia makan nestum 3 in 1..katanya nak bagi keluar..hahaha selepas itu baru dia baring-baring.. dan tanpa sedar aku pun terlelap..
Beberapa minit kemudian aku tersedar dari tidur dan aku dengar dia bersuara "Farah aku balik.. "
"Ha? Balik?..",reaksi yang agak terkejut tapi tak la terkejut sangat sebab masa tu masih mamai lagi..haha baru bangun tidur kan."Aaaa..aku balik .mak aku ambil.aku terpaksa ngadu kat ayah aku sebab aku tak tahan la . sakit sangat nie.and ayah aku suruh ibu aku ambil aku.",katanya.
Dia pun bersiap-siapla untuk balik sambil menahan sakitnya.. rasa nak gelak pun ada jugak tengok dia masa tu , macam perempuan lepas pantang je...hahaha gurau saja. tapi itu la jugak yang diguraunya..Kadang-kadang itu aku pelik jugak dengan dia ni ..yelaa mana taknya tengah sakit pun boleh lagi gelak kuat-kuat...macam tak ada apa-apa...aiiiyy..itula kekuatannya..ermm
Selepas tu , dia pun berangkat.. tapi yang kelakarnya bukan ibu dia ambil, tapi ayahnya..Sedangkan ayahnya masa berada di Jitra ,Kedah atas urusan kerja..Disebabkan risau akan anaknya , dia sanggup balik  menggunakan 'flight' dari Kedah ke Kuala Lumpur..
Tidak lama kemudian, aku dapt tahu dia akan menjalani satu pembedahan akan dilakukan pada bahagian perutnya..Sedihnya hati aku ketika itu hanya Allah sahaja yg tahu..aku menangis bila melihat gambar yang di post olehnya di twitter.Lalu aku 'call' dan bertanya "What happen to you Nysa..?"..Sambil menangis.."ermm Farahhh...aku kena operate! Takutlaa...hahahaha kau jangan nangis..ermm ni sebab kaula bagi aku makan epal.hahahaha",katanya..
Sempat lagi dia bergurau dengan aku..gembira ja aku dengar suara dia.tak ada nk sedih2..aku ja yang over sampai menangis..hahaha sebak kut..tapi dia mcam rilek ja.. ermm katanya nak sedapkan hati..Rupanya ada jugak rasa takut di hatinya..Dia menjalani pembedahan tersebut pada pukul 10 malam..dah satu jam yang lebih..Aku dan kawan-kawan yang lain akan doakan kau selamat..dan dapat bersama dengan kami semula dalam kelas..


#KEPADA YANG MEMBACA BLOG INI MOHON DOAKAN SAHABAT SAYA SELAMAT MENJALANI PEMBEDAHAN TERSEBUT..AMIN!!




SEPASANG KASUT

Pasangan terbaik itu , seperti sepasang kasut...
Walaupun bentuknya tak sama , namun ianya amat serasi sekali ...
Ketika berjalan tak pernah berdampingan, namun hala tujunya tetap sama..
Walaupun tidak boleh bertukar posisi, namun ianya tetap saling melengkapi..
Sama saiznya, tidak akan melebihi antara keduanya..
Hakikatnya, jika salah satunya hilang yang satu lagi sudah tidak ada erti...






Saturday, May 17, 2014

NOVEL _EKSPERIMEN CINTA ~Anjell































Kali pertama mereka bertentang mata. Masing-masing dah ada pandangan sendiri..

Makhluk planet mana la ni?? Pelik sungguh ! Wah , rambut macam kari tumpah sekilo . Kat telinga ada subang. Kat leher ada rantai perak . Tak senonoh betul! Muda dan.... handsome.Handsome tak handsome , memang aku blacklist la jadi laki aku.- Damia Farisha

Hmmm...boleh tahan cantik. Berwajah putih dan kemerah-merahan.Neutral tanpa makap. Dagu dan bibir terbelahnya mesti memikat ramai lelaki.Tapi nampak kolot aje perempuan ni. - Tengku Aaron Shah

Dan tak sangka pula Tengku Aaron ini memang gila orangnya. Sangat-sangat tak terduga sikapnya. Kalau tak gila apa perkataan yang paling sesuai nak digambarkan kepada orang yang tiba- tiba ajak kahwin padahal kenal tak sampai dua jam?

Demi syarikatnya , Damia buatkeputusan gila juga! Tak ada jalan keluar melainkan cakap, "saya setuju!"
Damia letakan syarat dengan harapan Tengku Aaron batalkan niatnya.

" Awak jangan menyesal pula kahwin dengan saya. Sebab saya ni pisau cukur..."

"Oh ya?!Kalau cap Gillete Mach3 Turbo , aku lagi suka . Kikislah banyak mana harta aku. Aku tak kisah.
Harta aku bertimbun-timbun..."

Gagal dan gagal. Akhirnya bersatu juga ! Bagi Tengku Aaron semuanya tak lebih dari sebuah eksperimen saja. Ada sebab dia berkahwin.Sebab dia bukanlah seorang yang tewas!Dan bagi Damia , selagi belum lafaz talak terucap , selagi itulah maruah Tengku Aaron akan dijaga. Berjayakah Tengku Aaron Shah meneruskan eksperimen.?????

Nak tahu yang selanjutnya..kenalaa beli novel ni... hahaha..














Friday, May 16, 2014

HATI YANG TERLUKA

Hati...ialah menyusuri cinta Ilahi..
bukanlah setiap manusia mempunyai sekeping hati yang
dianugerahkan Ilahi...
Dan hati inilah tempatnya tersimpan pelbagai rahsia...

Hati ini sebenarnya penat dan lelah untuk terus disakiti tanpa rasa belas kasihan.
Dimanakah letaknya akal fikiranmu ?? Adakah semua ini berpunca dariku ??? katakan lah wahai kekasih...Berterus teranglah kepadaku andai aku yang bersalah.. Jika benar itu , aku pohon seribu kemaafan dari mu .. Tetapi mengapa kau berdiam diri tanpa berkata apa-apa , yang membuatkan diriku terus menyalahkan diri sendiri.. Lalu aku menangis ....Memikirkan apa yang berlaku ...
Dari saat itu..aku banyakan bersabar menanti .. aku cuba kekalkan kepercayaanku dan kesetiaanku terhadap dirimu yang kian menyepi..
Aku berusaha untuk mendekatimu dengan cara mengikutimu di 'facebook' dan 'twitter'..Dari situ aku dapat rasakan engkau sedang bahagia... kata-kata yang kau luahkan di laman sosial itu membuatku tertanya-tanya ..Siapakah yang membuatmu bahagia ketika itu? Di dalam hati ini mula rasa cemburu..
Beberapa hari selepas itu , aku menrima sms darimu yang mengatakan kau rindu padaku.. Gembiranya hati ini hanya Allah yang tahu.. Pada masa yang sama , engkau mengajakku bertemu di malam itu juga kerana risau selepas ini susah untuk bertemu seperti biasanya dan katamu sibuk dengan kerja yang kian tidak menentu waktunya .. Aku cuba memahami apa yang kau katakan padaku dan cuba memikirkannya secara positif. Aku tidak minta terlalu banyak perhatian cuma sekadar menjaga perasaanku ..Aku cuba luahkan apa yang aku pendamkan di dalam hati dan aku harap sangat kau fahami apa yang aku rasa tatkala kau tiada..

Selepas itu , kau memandangku dengan penuh rasa bersalah..Aku tahu kau mulai menyedari apa yang kau lakukan terhadapku sebelum ni .Kemudian kau memohon maaaf kepadaku dan mengatakan engkau akan berubah dan akan menjaga perasaanku seperti sedia kala .. Aku tersenyum dengan kata-katamu. Aku rasa bahagia. Aku rasa tenang.. Dalam hati aku berdoa semoga Allah mempermudahkan urusan kita , dan kekalkan kebahagiaan ini sehingga penghujungnya.. Amin!

Tapi itu semua hanya sementara kerana engkau sekali lagi berubah.. Aku dapat rasakan kau cuba menjauhkan diri daripadaku dan aku cuba memintamu beri penjelasan apa yang berlaku kerana aku tidak tenang dengan sikapmu itu.. Aku dapat rasakan kau menyembunyikan sesuatu daripadaku.. Apa yang kau cuba sembunyikan??? Itu yang bermain difikiranku...
Akhirnya... kau menceritakan apa yang berlaku..Katamu.. engkau sudah berkahwin dengan seorang perempuan yang menjadi pilihan ibu ayahmu.. Hancurnya hati aku tatkala mendengar luahan hatimu itu..Aku terkedu seketika dan memikirkan apa salah diriku ini sehingga kau sanggup berbuat demikian..Aku merasakan diriku ini sedang diperbodohkan olehmu...
Engkau cuba memberi penjelasan agar aku memahami keaadaan yang sebenar dan cuba menenangkan aku yang sedang menangis...Katamu lagi pilihan keluarga harus dituruti oleh sebab yang tertentu dan bukan kehendakmu untuk memperisterikan perempuan itu.Aku faham dan tahu engkau tidak mahu menjadi anak yang derhaka kepada ibu bapa..Aku tahu kau buat ini semua untuk ibubapamu dan bukan kerana keinginanmu..Aku tahu kau terlalu menyayangi diriku dan kau menyedari keputusan yang kau lakukan ini akan melukakan hatiku sedangkan masa yang sama kau tidak mahu aku terluka..
Aku cuba memahaminya.. Aku cuba menerima keadaan ini...Aku cuba ikhlaskan hatiku...Aku cuba untuk merasa tidak terluka...tapi sayangnya aku tetap merasakannya..Aku cuba menjauhkan diriku ..  Aku cuba buang rasa rinduku ini...Aku cuba hilangkan sisa-sisa cinta dihatiku...
Itu semua amat sukar untuk aku lakukan...Aku cuba menenangkan hatiku dengan bersujud dan berdoa kepada Allah supaya kuatkan hatiku yang terluka , tabahkan hati ini untuk teruskan perjalanan hidup yang akan datang..Dan aku sedar ini adalah ujian Allah kepada hambanya.. Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya..

Aku pernah terbaca satu kata-kata sebegini...Tuhan mengizinkan kita disakiti , agar esok kita tahu cara untuk
mengubati orang yang terluka...Tuhan buat kita menangis, agar kita mampu menghiburkan orang yang bersedih...Tuhan menjadikan kita manusia dengan kelemahan dan kelebihan , agar kita sedar dan tahu bahawa dengan hanya BERDOA dan BERUSAHA , Tuhan akan menjadikan segalanya indah pada waktunya...
Aku mula menyedari pada hakikatnya kau bukan untuku lagi.. Aku ikhlas melepaskanmu walaupun cinta di hatiku masih berpaut..Di setiap sujudku , akan ku doakan kebahagiaan untukmu bersama pasangan mu..
Amin!




" Ya Allah , aku mohon kepada Mu kebaikan dan segala
kebaikan yang ada padanya dan aku berlindung pada Mu dari
keburukan dan segala keburukan yang ada padanya.."












Thursday, May 15, 2014

( KISAH KAMI ) _ KNEESAZHAN & FARAH AINI _ 03


Assalamualaikum... dan salam sejahtera buat semua kawan-kawan saya yang di kasihi... macam nak bagi syarahan pulak kan..hahaha apa2 jela kan.. huhu :p Korang mesti xsabar kan nak baca terbitan saya kali ni kan.. nak tahu apa cerita yang seterusnya.. Ermm sebelum ni saya dah intro sikit tentang siapa KNEESAZHAN & FARAH AINI tu kan..tapi tak la terlalu details kan.. so kalau nak tahu lepas nie kena baca sampai bab yang terakhir la  kan...hahaha


Kami nie suka berkawan.. suka bergaul...tapi yang lebih suka bergaul mesti la si gadis cantik tu.Semua orang senang dengan sikapnya yang peramah tu.. Mungkin sebab dia sporting . Saya pulak berbeza sikit.. nampak macam susah sangat nak bergaul..kononya pendiam. tapi tak la pendiam..bergaul jugak laa..haha
Dalam sem 2 nie banyak perubahan yang berlaku dalam persahabatan.. ada yang  bertambah baik dan ada yang kurang baik.. itu la persahabatan ada pasang surutnya..
Dalam course yang ada.. course kita orang la yang paling ramai.. iaitu seramai 62 orang.. so muncul la group2 dalam kalangan kami..Antaranya Group BFF. Mereka ini terdiri dari beberapa pelajar lelaki yang perwatakannya dan kenakalannya yang sering mencuit hati sesiapa sahaja.. Ada yang dari Terengganu , Kedah, N.Sembilan, Kelantan , Perak dan sebagainya.. Selain itu, Group Bersepah dan Group Lolipops Girl.. terdiri daripada gadis-gadis cantik yang penuh dengan keceriaan .. gelak tawa , dan gurauan mereka sering menarik perhatian rakan-rakan yang lain.. Group2 nie semua boleh di katakan penyeri , penghibur dalam kelas.. Perwatakan mereka boleh mengeratkan lagi silaturahim antara sesama sendiri..
Inilah yang dikatakan kawan @ sahabat memainkan peranan penting dalam kehidupan kita..Tanpa mereka siapala kita...

Itula serba sedikit cerita budak-budak kelas saya..hahaha.. ermm kadang-kadang bila group besar ada risiko yang tinggi untuk kita hadapinya..Contohnya mudah berlaku perselisihan antara sesama mereka..
Saya dan si gadis cantik, lebih selesa berdua..kerana kami tak berani nak mengambil risiko..
orang cakap berdua lebih baik..mudah memahami antara satu sama lain...Betul tak ??huhu

Boyfriend??????!!!!!!!
Ada yang selalu menanyakan..siapakah boyfriend kita orang..ermm nak tahu ke..hahahahaha .
Sebenarnya kita orang nie masing-masing single...tapi itula orang susah nak percaya .. ermm :(
sedih pulak..hahahhahaha..tapi tak apa itukan pandangan masing2.. Yang pasti ada crush je... ( > _< )huhu
Sebelum nie , kita orang ada boyfriend ..tapi tulaa jodoh tak panjang..semua yang berlaku bukan kehendak kta. Allah yang tentukan semuanya..Mungkin ada hikmah di sebalik kejadian.. Apa yang dilalui oleh kami hampir sama. Di kecewakan oleh seorang lelaki. Menangis yang mampu kami lakukan untuk melegakan hati yang sedang marah , stress , kecewa dan sebagainya..Betul la perempuan nie tak boleh berpisah dengan air mata..Kata lelaki itula senjata wanita untuk melemahkan kaum lelaki..hahahaha.. betul ke?? saya sendiri pun tak pasti.
Kalau betul sekalipun belum tentu ia akan pulih sedia kala selepas dilukai..Belum tentu hati akan bercantum sepenuhnya.. Eh.. berjiwang pulak hahaha.. Bukan apa..tiba-tiba rasa sedih bila teringat apa yang berlaku..
:-(

Tapi.............. sekarang kami dah tak sedih2 lagi macam sebelum nie.. kami dah kuat! hahaha kerana kami percaya yang Allah aturkan ini ada kebaikannya.. Kami anggap ini semua adalah ujian daripada Allah untuk kami.. Kami ikhlas menerimanya... Apa yang penting kami bahagia dengan kehidupan sekarang...
Insyaallah suatu hari nanti ada seseorang untuk kami













Tuesday, May 13, 2014

( KISAH KAMI )_KNEESAZHAN & FARAH AINI_02

Hai semua...terbitan kali ini saya hanya ingin berkongsi tentang sahabat & makna persahabatan..
Sebagai permulaan untuk KISAH KAMI seterusnya..

Dalam dunia ini kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri... Tetapi dalam kita bersedirian kita beruntung kerana mempunyai sahabat yang memahami kita. Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat , begitu juga dia..Tetapi kita lupa akan hal itu...

Cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita. Kita terasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaanya. Bagi kta,itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.

Kita juga pernah biarkan dia ternanti-nanti kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati..
Kita beri beribu alasan memaksa dia menerima alasan kita.. Waktu itu terfikirkah kita perasaannya...?
Seperti kita , dia juga tahu rasa kecewa...tetapi kta sering terlupa..

Untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa memaham yang selalu berada disisi pada waktu kita memerlukannya..Dia dengar luahan perasaan kita , segala rasa kecewa dan ketakutan. Harapan dan impian juga kita luahkan..Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.. Selalunya kita terlalu asyik menceritakan tentang diri kita hingga kadang-kadang kita lupa sahabat kita juga adacerita yang ingin dikongsi bersama kita.. 
Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya , rasa takutnya ..??
Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita..
Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya ..? Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah ..???
Dapatkah kita yakinkan dia, yang kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah,agar tidak rebah ..?? Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia bersandar harapan ?

Sesekali jadilah sahabat yang mendengar dari yang hanya bercerita. Ambilah masa untuk memahami hati
dan perasaan sahabat.. kerana dia juga seorang manusia. Dia juga ada rasa takut , bimbang dan  kecewa.
Dia juga ada kelemahan dan memerlukan seorang sahabat..
Sebagai kekuatan..jadilah kita sahabatnya itu..Kita selalu melihat dia ketawa tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan...Disebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan.. Disebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan..Kita tidak tahu.......
Tetapi kalau kita cuba jadi sahabat sepertinya , mungkin kita akan tahu...Renungilah...

HARGAILAH SEBUAH PERSAHABATAN KERAN DISEBALINYA TERSIMPUL SEGALA-GALANYA...

Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang ialah jangan menuntut agar kita dicintai, mulailah dengan memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan.
Orang yang menunjukkan kebaikan kepada kita adalah sahabat yang baik..Dan orang yang menunjukkan kesalahan kita adalah sahabat yang paling baik.. :-)






"FRIENDS LIKE YOU MAKE MY DAY FEEL WARM AND FUNNY"












                                                                              


Monday, May 12, 2014

( KISAH KAMI ) _ KNEESAZHAN & FARAH AINI _01

Assalamualaikum...
Hai...apa kabar semua..? Harap sihat selalu disamping keluarga yang tersayang dan sahabat andai..
Sebelum saya teruskan penulisan saya, saya ingin bertanya kepada pembaca semua. Mengapakah dalam kehidupan kita perlunya seorang yang bergelar sahabat?? Adakah mereka penting dalam kehidupan kita?? ermmm ....... Jawapannya ada pada anda.
 Anda semua mesti hairan kenapa terbitan saya kali ini lain dari yang sebelum ini kan..
Sebenarnya saya cuba untuk berkongsi cerita dengan anda semua tentang sebuah PERSAHABATAN.

     FARAH...itu gelaran yang diberi . Seorang gadis yang agak pendiam, tapi takda laa diam sangat..haha..
Uurnurnya baru 20 tahun..Masih remaja dan agak manis orangnya tapi xdala semanis gula or semanis kurma.. Dari pandangan orang tu boleh di kategorikan " boleh tahan "..Dia berasal dari Baling , Kedah..Tapi sekarang belajar di Institut Penilaian Negara ( INSPEN) ,Persiaran Bangi. Selangor..SEM 2
Di institut tersebut dia mempunyai ramai kawan tapi yang special tu dah semestinya yang bergelar sahabat kan..Namanya ................

     KHAIRUNISA @ KNEESAZHAN...Itu gelaran yang diberi..Seoang gadis yang lincah , cantik , pandai , 'style' , and kasar jugak orangnya..tapi hatinya tetap lembut..hahaha..
Boleh dikatakan dia ni seorang yang perfect di mata semua lelaki. Hebatkan! kalau dia baca ni, bak kata orang kedah kembang pungkok .hahahaha. Umurnya sekarang dalam lingkungan 21 tahun...Kira tua setahun dari saya..ermm pangkat kakak la..tapi  tak pernah pulak panggil dia kakak..Mungkin dah terbiasa kut..Berasal dari Seremban ,Negeri Sembilan..

      Persahabatan kami bermula disaat kami ditakdirkan untuk menjadi roomate yang nampaknya serasi bersama sehingga hari ini..HAHAHA...
Alhamdulillah ..susah senang kami sentiasa bersama..umpama AIR DICINCANG TAK AKAN PUTUS..ertinya dua orang yang bersaudara tidak dapat dipisahkan oleh perselisihan.. Insyaallah..
Selain itu, kami jugak ada cita rasa yang sama dan kadang-kadang bercanggah.
Antara citarasa yang sama boleh dikategorikan sifat kami ini ialah ermm seorang yang agak sempoi , suka buat hal masing-masing laa...tapi yang paling best kita orang suka cerita yang kelakar2 , lepas tu gelak xhenti-henti ..hahaha..yang paling gelak kuat mestilah si gadis lincah tu..haha siapa lagi kalau bukan KNEESAZHAN ...sorryy!! haha Inilah cara kita orang nak hiburkan hati sendiri..
Ermm .. satu lagi persamaan kita orang ialah berstatus SINGLE !..Masing- masing teringin nak ada teman lelaki tapi belum jumpa yang sesuai..ermm berangan ja lebih...
   
      Dan perkara yang bercanggah antara kami mungkin dari segi akademik..sebab dia boleh dikatakan DEKAN kat kolej..tapi saya?? boleh laa..biasa-biasa saja...hahaha
Selain itu, dari segi latar belakang keluarga...bercanggah sangat.. tapi kita berkawan tu perlu ada keikhlasan..Jangan ambil kesempatan atas kebaikan orang lain...

Okey laa...sampai disini sahaja untuk penulisan kali ini...Insyaallah kita akan berjumpa terbitan yang seterusnya.....

Byyyee!!

   KNEESAZHAN_FARAH CHUBBIEW

Sunday, May 11, 2014

PEMBOHONGAN SEORANG IBU ~Sempena Hari Ibu~

Assalamualaikum...
Saya telah menerima satu emel dari seseorang untuk bersama-sama berkongsi cerita ini di blog ini.. Artikel ini adalah tentang pembohongan seorang ibu terhadap anaknya selama lapan kali…. Teruskan membaca..
1. MAKANLAH,IBU TIDAK LAPAR.
Cerita bermula ketika penulis masih kecil.Hidup keluarga mereka serba kekurangan dan semasa makan ibu sering membahagikan bahagian nasinya untuk penulis.Sambil memindahkan nasi ke dalam mangkuknya,ibu berkata,Makanlah nak,ibu tidak lapar.
2. MAKANLAH,IBU TIDAK SUKA MAKAN IKAN.
Ketika penulis mulai besar,ibu sering meluangkan waktu senggangnya pergi memancing di taliair berhampiran rumah untuk dijadikan lauk mereka sekeluarga.Kemudian,ibu akan memasak gulai ikan yang segar itu untuk anak-anaknya.Sewaktu anak-anak makan,ibu akan duduk di samping mereka dan hanya memakan sisa makanan yang menempel di tulang bekas sisa ikan yang dimakan penulis dan adik-beradiknya.Bila penulis menghulurkan ikan kepadanya,ibu berkata…Makanlah nak,ibu tidak suka makan ikan.
3. CEPATLAH TIDUR,IBU BELUM NGANTUK.
Di usia awal remaja penulis,semasa beliau di sekolah menengah,ibu akan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih ke kedai untuk menyara persekolahan penulis adik-beradik.Suatu dinihari,lebih kurang pukul 1.30 pagi penulis terjaga dari tidur dan melihat ibunya sedang membuat kuih bertemankan sebuah pelita di hadapannya.Penulis telah melihat beberapa kali kepala ibu terhangguk kerana mengantuk.Penulis pun berkata,Ibu,tidurlah,esok pagi ibu kena pergi kebun pula.”Ibu tersenyum sambil berkata,…Cepatlah tidur nak,ibu belum mengantuk lagi.
4. MINUMLAH,IBU TIDAK HAUS.
Di hujung musim persekolahan,ibu telah meminta cuti kerja supaya dapat menemani penulis pergi sekolah menduduki peperiksaan.Ibu sabar menunggu di luar dewan dan berpanas.Mulutnya pula terus kumat-kamit mendoakan agar anaknya akan lulus cemerlang.Ketika penulis selesai dengan peperiksaannya,ibu dengancepat menhulurkan air kopi yang disiapkan dalam botol yang dibawanya kepada penulis.Melihat ibunya dibasahi peluh,penulis segera memberikan cawannya kepada ibu.Ibu menolak sambil berkata….Minumlah nak,ibu tidak haus.
5. IBU TIDAK PERLUKAN CINTA DAN LELAKI.
Setelah pemergian ayah kerana sakit,yakni baru beberapa bulan penulis dilahirkan,ibu terpaksa mengambil alih tugas ayah.Melihat kehidupan mereka yang semakin susah,seorang pakcik yang baik hati dan tinggal berjiran sering datang memberikan ibu bantuan,tetapi ibu sering menolaknya.Jiran-jiran sering menasihati ibu supaya bernikah lagi agar ada orang lelaki yang menjaga dan mencari wang untuk mereka sekeluarga.Tetapi ibu tidak mengendahkan nasihat mereka dan berkata…Saya tidak perlukan cinta dan saya tidak perlukan lelaki.
6. JANGAN SUSAH-SUSAH,IBU ADA DUIT.
Setelah abang dan kakak penulis bekerja,mereka menyuruh ibu supaya berehat sahaja di rumah.Mereka juga sering mengirim duit kepada ibu tetapi ibu telah mengirim balik duit itu kepada mereka ambil berkata..Jangan susah-susah,ibu ada duit.
7. TIDAK PAYAH,IBU TIDAK BIASA.
Setelah tamat pengajian di universiti,penulis telah melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana di luar Negara dan dibiayai oleh sebuah syarikat.setelah mendapat sarjana yang cemerlang,penulis telah bekerja dengan syarikat tersebut.Dengan gaji yang lumayan,penulis berhajat membawa ibu menikmati penghujung hidupnya di luar negara.Tetapi ibu yang baik hati telah menolak kerana tidak mahu menyusahkan anak-anaknya dan berkata…Tak payahlah,ibu tidak biasa tinggal di negara orang.
8. JANGAN MENANGIS,IBU TIDAK SAKIT.
Beberapa tahun berlalu,ibu semakin tua.Suatu malam penulis menerima berita ibu diserang penyakit kanser.Ibu terpaksa dibedah secepat mungkin dan penulis yang berada jauh di seberang samudera,segera pulang menjenguk ibu tercinta.Penulis melihat ibu yang terbaring lemah selepas menjalani pembedahan.Ibu yang kelihatan tua masih mampu menatap wajah penulis penuh kerinduan bersama sebuah senyuman.Penulis dapat melihat betapa siksanya ibu menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya…Penulis menatap wajah ibu sambil berlinangan airmata.Namun ibu tetap tersenyum dan berkata…Jangan menangis nak,ibu tidak sakit.Selepas pengucapan pembohongan kelapan itu,ibu telah pergi mengadap penciptanya.
Sehingga kini penulis diburu rasa bersalah yang amat sangat kerana biarpun beliau mengasihi ibunya,tetapi beliau tidak pernah sekalipun membisikkan kata-kata itu kepada ibunya.

Sedihkan cerita ni.. Semoga ianya memberi pengajaran kepada kita betapa berharganya kasih sayang seorang ibu.. Sesungguhnya jasa ibu amatlah besar dalam hidup kita.. Kita selalu terlupa dengannya.. Sibuk dengan kehidupan mengejar kekayaan, penghormatan sehingga terlupa insan yang menjaga kita.. Wallahualam..