Thursday, May 22, 2014

My Crush My Husband_1

"Apa?! Pindah? Kenapa tiba-tiba je ni ibu? Ayah?Tak sampai dua tahun pun lagi kan Hara sekolah dekat sekolah perempuan tu ? Hara tak nak pindah dekat sekolah campur ni. Lagi-lagi sekolah apa nama? Ibu ngan ayah tak tahu ke pasal sekolah tu? Sekolah tu hmm masya-Allah! Semua perangai budak sekolah sana tu jahat-jahat belaka tau!"Terkejut. Ya itulah reaksi Zahara sebaik sahaja Puan Zura memberitahunya bahawa dia akan dipindahkan ke sekolah yang paling dia anti di antara sekolah-sekolah di Sungai Besar ini.

"Kamu jangan nak banyak complain ara. Keputusan ibu dan ayah, muktamad! Kalau kamu membantah juga,
baik kamu berhenti sekolah. Tak reti nak bersyukur ke ibu dan ayah sekolahkan kamu!
Lagipun sekolah kamu tu jauh sangat dengan rumah ni,sekolah baru itu dekat je dengan rumah kita.
So,kamu tak payah susah-susah tunggu bas sampai lewat petang nak pulang rumah. Jalan kaki je pulang nanti." Zahara menundukkan wajahnya sambil mengetap bibir.Ah sudah! Ibunya memulai syarahannya. Zahara bingkas bangun dari duduknya lalu masuk ke dalam bilik, tanpa mengendahkan Puan Zura dan Encik Fuad yang duduk di hadapanya.

Puan Zura dan Encik Fuad hanya menggeleng kepala melihat tingkah laku Zahara. Satu keluhan berat dilepaskan sebaik sahaja dia melabuhkan punggung di atas katil lalu menyembamkan wajahnya di atas bantal. Zahara menjerit sekuat hati melepaskan segala masalah yang membelenggu dirinya.
Tiba-tiba satu pukulan menghambat bahu  kirinya. Dia menghentikan jeritan lalu menelan liur.Kelat. Angin kuat menerobos masuk ke dalam kamar.

Pelahan-lahan Zahara mengangkat wajahnya, seorang budak perempuan duduk di hadapannya sambil memeluk tubuh. Zahara hanya tersengih kelat.

"Kakak! Bisinglah! Farah nak tidur pun tak boleh! Ni apa pula masalah akak ni?" Farah memuncungkan bibirnya lalu melepaskan keluhan berat.

Zahara mencubit kedua belah pipi adiknya lalu melepaskan senyuman yang lebar. Farah menepis tangan kakaknya lalu menggosok-gosok pipinya yang kemerahan akibat cubitan sebentar tadi.

" Maafla. Kakak cuma protes je, ibu ngan ayah nak pindahkan akak dekat sekolah kamu tu. Kamu macam tak tau akak anti sangat dengan sekolah tu.Wahh akak nak buat apa ni dik?"
Zahara meraup wajahnya. Farah menepuk-nepuk bahu kanan lalu bangkit dari katil. Tingkap yang terbuka sebentar tadi ditutupnya. Senyuman nakal terukir di bibir Farah." Akak redha jela, akak cuma dengar kabar angin je tu.Sekolah tu ok je, korang ni je yang suka buruk-burukan sekolah tu." Selimutnya ditarik menyelimuti tubuhnya yang sudah terbaring di atas katil.

Zahara duduk bersendirian di atas bangku bersebelahan bilik guru.Persekitaran sekolah kelihatan begitu usang.Zahara mencebik.Seorang cikgu perempuan bertudung ungu keluar daripada bilik guru tersebut.Zahara menguntumkan senyuman mesra kepadanya, senyumannya di balas.

"Kamu Zahara Fatihah binti Ibrahim kan ?" Cikgu itu inginkan kepastian mengenai diri Zahara. Zahara hanya mengangguk. " Jom ikut cikgu, cikgu tunjukkan kelas kamu kat mana." Zahara mengekori Cikgu Mila dari belakang. Akhirnya mereka berhenti  di hadapan sebuah kelas. Suasana kelas tersebut yang tadinya bising kini kembali senyap. " Aku ada kuasa ke? Boleh buat semua orang senyap." Zahara tersenyum  kelat. Lamunannya terhenti sebaik sahaja Cikgu Mila menggerakkan tangan kanannya.

"Ok cikgu, Zahara saya minta diri dulu la ye. Assalamualaikum." Cikgu Mila mulai berganjak keluar daripada kelas meninggalkan Zahara yang masih tercegat berdiri di hadapan kelas.
" Kenalkan diri kamu." Cikgu mualaf yang bernama Mikail itu bangkit dari tempat duduknya lalu menyuruh Zahara memperkenalkan diri. "Mak aii! Kacak betul cikgu ni." Zahar tersengih sendirian . Sejurus sahaja memperkenalkan diri,Zahara mulai berganjak dari situ lalu duduk di barisan belakang bersebelahan
dengan tingkap.

Waktu rehat mulai berlangsung. Zahara bungkam memandang meja kosong di hadapanya. Soalan yang diajukan oleh rakan sekelasnya, dijawabnya hanya sekerat demi sekerat.

Dua minggu berlalu, dia masih dengan sifatnya yang ego.Sungguh dia tidak dapat menerima kenyataan bahawa dia telah bersekolah di sekolah yang dia paling anti. Zahara melepaskan keluhan berat lalu memandang ke arah luar.Tumpuannya terhadap kelas langsung tidak diendahkan. Seorang demi seorang lelaki kelihatan mulai keluar dari kelas sebelah. Huh nak ponteng kelas la tu. Zahara hanya melihat gelagat mereka yang keluar dari kelas melalui pintu belakang. Rasa simpati terhadap cikgu yang berusia , yang sedang mengajar di kelas itu timbul dalam dirinya.
Zahara mulai tertarik dengan seorang lelaki berambut spike berkulit kuning langsat yang turut keluar daripada kelas tersebut. Senyuman lebar terukir di bibirnya. " Padan muka kan dah kena tangkap.Langsung tiada skill nak ponteng ke?" Zahara hanya menggeleng kepala. Rakan-rakanya turut ditangkap oleh seorang cikgu yang berwajah bengis. Mereka berdiri di hadapan kelas menunggu rotan yang akan menghambat telapak tangan mereka. Zahara asyik memerhatikan lelaki yang tidak mempunyai kemahiran ponteng itu dari jauh.
" Mak aii kenapa dengan aku ni? Tak kan la aku suka dengan budak samseng tu."
Zahara tersenyum sendirian.

" Hara! Kau stalk Azaire ek?" Zahara tersedar dari lamunannya sebaik suara halus mulai kedengaran di corong telinganya. Safiza tersenyum melihat muka Zahara yang mulai membahang kemerahan. Zahara mulai kalut. Tudung yang tersarung di atas kepalanya di kemaskan sedikit. " Azaire ? Siapa tu? budak rambut durian tu ke?" Soalnya selamba. Safiza mengangguk.
" Oh! Aah... eh tak.. taklaa..aku tak minatla nak stalk budak samseng mcam tu...hehehe" Zahara tersengih kelat. " Kau jangan cakap macam tu Hara. Dia tu pencuri tau. Aku tengok dia ramai peminat juga.
Tapi dia tak berminat dengan dia orang semua tu. Aku tak tahu la dekat luar sekolah macam mana pula kan.
Dia tu pelik, tak suka layan budak perempuan."
Zahara terangguk-angguk mendengar kata-kata Safiza.

Perbualan mereka terhenti sebaik sahaja  Cikgu Melina membaling marker pen ke arah mereka berdua.
" Apa yang korang gosipkan tu ha?! Mari sini korang berdua! Buat ketuk ketampi sebanyak 50 kali!"
Zahara dan Safiza saling berpandangan lalu memulakan hukuman mereka berdua. Tiba-tiba Zahara berasa dirinya seperti diperhatikan. Mainan perasaan. Ya. Mainan perasaan, itu yang ada di dalam benak
fikirannya sekarang ini. " Mamat samseng tu! Kalau bukan sebab dia aku tak lah kena ketuk ketampi macam ni! Huh! Tapi memang salah aku pun." Zahara merungut sendirian....






# Bersambung.....





















No comments:

Post a Comment