Saturday, May 24, 2014

My Crush My Husband_2

Tiga bulan berlalu, hari demi hari Zahara dapat menerima kenyataan bahawa kini dia bergelar
pelajar di sebuah sekolah yang dia anti dahulu.
Perasaan itu, sejak kali pertama dia melihatnya, Zahara berasa terpukau. Setiap hari, dia mencuba untuk
menghilangkan perasaan itu. Benar kata Safiza, dia pencuri. Zahara salah seorang mangsanya. Dia terjerat dalam sebuah permainan. Permainan perasaan. Azaire dia pencuri hati Zahara. 
"Apa yang harus aku lakukan? Cukup sekali aku pernah terjerat dalam permainan itu. Aku tak sanggup 
dibebani dengan masalah ini."

"Mak aii! Budak ni jauhnya mengelamun! Tak baik tau anak gadis mengelamun tengah-tengah tangga rumah." Puan Zura menyergahnya dari belakang. Lamunanya mati lalu tersengih kelat. 
"Ara tolong ibu boleh tak?" Zahara hanya mengangguk. Puan Zura menghulurkan sekeping duit kertas berjumlah RM10 kepada anak gadisnya. "Beli garam , dan bawang.
Terima kasih." Puan Zura mengusap kepalanya, Zahara memberi senyuman. Zahara bangkit dari duduknya 
masuk ke dalam rumah. Tudung bawal berwarna biru yang berlipat di dalam almari dicapainya lalu 
disarungkan di atas kepala.

"Semuanya RM 5 ." Zahara menelan liurnya sebaik sahaja melihat wajah juruwang tersebut. Azaire , dia
memang kacak. Dalam pandangan Zahara wajahnya seperti Andhika Pratama. Tapi bukan sebab itu Zahara terperangkap dalam permainan tersebut. Yang pastinya, dia masih tidak dapat mengetahui apa yang 
membuat hatinya berjaya dicuri oleh jejaka bermata redup itu. Duit kertas RM 10 Zahara beri kepadanya, 
dia memulangkan RM 5 lalu menguntumkan senyuman. Senyumannya... Buat Zahara cair...



#Bersambung....

No comments:

Post a Comment