Wednesday, May 28, 2014

My Crush My Husband_3

Setahun kemudian......

Tahun ini, Zahara akan menduduki Penilaian Menengah Rendah ( PMR ). Tahun ini juga , masuk tahun kedua dia memendam perasaan itu.Kadang-kadang dia tertanya-tanya.
Bagaimana dia boleh TERsuka dekat si Azaire ni. Dia seperti memukau diri Zahara sejak kali pertama
melihat dirinya. Sejak hari itu Zahara mulai diselubungi suatu perasaan aneh. Sungguh perasaan itu membuatkan Zahara berada di alam lain. Diari biru tersusun kemas di atas meja Zahara ambil
lalu membuka helaian demi helaian. Pen biru dicapai lalu tangannya mulai menari-nari di atas sehelai halaman.

"Dear Diary................
Am i a stupid girl? Am i most stupid girl in this world? Stupid! Penat.... Aku penat suka dekat kau...
budak jambu..aku pun tak tahu macam mana aku boleh TERsuka dekat kau..Walhal kau dah rembat semua ciri-ciri lelaki yang aku tak suka..Huh. Hairan aku..." Helaian kertas tersebut mulai basah .
Setitik  demi setitik air matanya jatuh. Zahara mengetap bibirnya. Cepat-cepat dia mengesap air matanya.
Luluh hati Zahara memikirkan masalah ini. Keluhan berat dilepaskan lalu meneruskan kerjanya. "Aku penat,
stalk  kau dari jauh. Kau tak reti ke nak buka mulut cakap dekat aku? Kenapa kau buat aku rasa terpinggir?
Jujur, kadang-kadang terselit rasa cemburu dalam diri aku terhadap kawan aku. Crush....
kau layan dia orang tapi kau tak pernah layan aku. Buruk sangat ke aku depan mata kau?" Diari biru ditutup
lalu Zahara menyembamkan mukanya di atas bantal. Sungguh dia resah. Zahara tidak tahu apa yang harus
dilakukannya untuk menghapuskan rasa suka yang ada dalam dirinya.

"Tahniah! Kamu semua telah terpilih mengikuti Program murid Cemerlang dan Program Mentor dan Mentee
dalam  tingkatan di atas keputusan peperiksaan kamu yang meningkat."
Zahara tidak menyangka bahawa dia telah terpilih mengikuti Program Mentor dan Mentee. Di mana seorang
guru akan menjadi mentor terhadap menteenya iaitu pelajar yang terpilih.
Tidak sia-sia usahanya mengulangkaji pelajaran siang dan malam untuk mengikuti program ini. Mereka diberikan taklimat mengenai program ini yang akan dirasmikan pada minggu hadapan.

"Ok, sekarang cikgu nak kamu beratur ikut list name yang ada dalam tangan cikgu ni.Perhimpunan
minggu hadapan kamu jangan pandai-pandai nak ubah kedudukan kamu pula. Nanti susah cikgu nak cari kamu. Perhimpunan minggu hadapan merupakan perasmian kamu semua dalam Program Murid Cemerlang
dan Program Mentor dan Mentee." Cikgu Karina guru kauseling, memberi kedudukan kepada mereka untuk beratur mengikut senarai nama yang ada dalam kertas yang dipegangnya.

Satu persatu nama murid disebut, giliran namanya pula disebut. Zahara sempat berkenalan dengan seorang dua pelajar yang terpilih mengikuti program tersebut.

" Azairee Hazwan !" Membulat matanya sebaik sahaja mendengar nama itu."Alamak budak samseng tu
terpilih juga."Zahara memberi keluhan yang berat. Berkali-kali namanya disebut namun kelibatnya langsung
tidak kelihatan. Dia berlari tercungap-cungap bersama dengan seorang rakannya. Dalam diam Zahara memerhatikan Azairee dari jauh. Tergaris sebuah senyuman dibibirnya. " Alangkah baiknya jika dia sedar bahawa aku menyukai dirinya. Alangkah baiknya jika dia menjadi sahabatku.."

"Maaf cikgu, kita orang ada pemilihan atlet bola sepak tadi." Pendek alasannya." Nasib baik tak kantoi kalau tak jatuh saham aku. Oh, atlet rupanya budak samseng ni."
Hampir jatuh rahang Zahara apabila cikgu Karina memberikan kedudukan Azairee di belakangnya.

"Cik adik." Lamunannya mati sebaik sahaja Zahara mendengar seseoramg memanggilnya. " Huh gelaran cik adik kau bagi kat aku." Zahara menelan liurnya. Kelat. Bibirnya diketap lalu menoleh ke arah belakang.
Sungguh Zahara tidak sanggup menoleh ke arah belakang apa tidaknya Azairee betul-betul berdiri
di belakang Zahara.

"Nama kau siapa?" Zahara melepaskan keluhan. Kawan dia rupanya." Zahara....Zahara Fatihah."
Sebuah senyuman diberikan kepada lelaki tersebut. Zahara sempat mengalihkan pandangannya ke arah
Azairee, mata mereka bertaut sebuah senyuman diberikan kepada Zahara. Cepat-cepat Zahara menoleh
ke hadapan. Zahara memejamkan matanya dan mengetap bibirnya. Mukanya membahang panas.
Senyuman itu membuatkan hati Zahara semakin cair.

" Nama dia Zahara Fatihah." Zahara mendengar lelaki tadi menyebut namanya kepada Azairee sekali lagi.
Zahara membuat kesimpulan bahawa yang ingin bertanyakan namanya tadi ialah Azairee.
Keluhan berat dilepaskan. " Hina sangat ke aku depan mata dia. Dia sanggup minta bantuan kawan dia yang jauh di belakang untuk bertanyakan nama aku je."

Hari demi hari berlalu. Masa begitu pantas berlalu.  Tahun ini hampir tiga tahun Zahara memendam perasaan itu. Pashmina Turquoise disambar lalu Zahara lilitkan di atas kepalanya.Dengan keputusan
Penilaian Menengah Rendahnya yang agak mengecewakan sebentar tadi dia mengambil keputusan untuk
menenangkan fikiran.

Pangkin yang terletak di hadapan sawah padi milik ayahnya menjadi tempat berteduh. Tenang rasanya melihat ciptaan Allah yang terbentang luas di hadapan.Masalahnya dapat dia lupakan sejenak.
Matanya dipejam rapat. Satu keluhan berat dilepaskan. Angin petang berhembus laju, kedua belah tangannya diletak ke belakang lalu segaris senyuman terukir dibibir. Sungguh nyaman udara pada petang ini.

"Wahh! Mengelamun nampak! ingat someone la tu. Kan Aina!." Terkejut. Itulah reaksinya sebentar tadi
"Alahai korang ni kacau daun la pula." Zahara merungut lalu mencebik. Safiza, Zahara dan Aina, hampir 3 tahun persahabatan mereka terjalin. Meskipun mereka agak kebudak-budakan namun Zahara bersyukur
kerana ALLAH memberikan sahabat yang baik kepadanya.

"Ala, Hara.Kau janganlah bersedih macam ni, ni pengajaran buat kau. Buat aku, buat Fiza juga. Kita sama-sama tak dapat masuk sains tulen tapi kita masih dalam kelas yang sama! Yeah! Tak pe SPM nanti kita sama-sama buat yang terbaik. Ok!" Zahara hanya tersenyum mendengar kata semangat Aina.

"Korang... korang rasa orang tu bodoh tak, kalau dia suka dekat seseorang itu dalam diam, begitu bertahun
lamanya?" Setelah beberapa minit berdiam diri akhirnya Zahara bersuara..Membulat bola mata Aina dan Safiza mendengar pertanyaan daripadanya. "Tak bodoh pun, dah hati kata suka. Nak buat apa lagi kan?
Kenapa? Kau ada suka dekat seseorang ke?" Safiza menduga.Zahara hanya menggeleng kepala. Dia tidak mampu menjawab pertanyaan Safiza. Mereka masing-masing berdiam diri melihat pemandangan
yang indah terbentang luas di hadapan.

#Bersambung...




No comments:

Post a Comment