Hati...ialah menyusuri cinta Ilahi..
bukanlah setiap manusia mempunyai sekeping hati yang
dianugerahkan Ilahi...
Dan hati inilah tempatnya tersimpan pelbagai rahsia...
Hati ini sebenarnya penat dan lelah untuk terus disakiti tanpa rasa belas kasihan.
Dimanakah letaknya akal fikiranmu ?? Adakah semua ini berpunca dariku ??? katakan lah wahai kekasih...Berterus teranglah kepadaku andai aku yang bersalah.. Jika benar itu , aku pohon seribu kemaafan dari mu .. Tetapi mengapa kau berdiam diri tanpa berkata apa-apa , yang membuatkan diriku terus menyalahkan diri sendiri.. Lalu aku menangis ....Memikirkan apa yang berlaku ...
Dari saat itu..aku banyakan bersabar menanti .. aku cuba kekalkan kepercayaanku dan kesetiaanku terhadap dirimu yang kian menyepi..
Aku berusaha untuk mendekatimu dengan cara mengikutimu di 'facebook' dan 'twitter'..Dari situ aku dapat rasakan engkau sedang bahagia... kata-kata yang kau luahkan di laman sosial itu membuatku tertanya-tanya ..Siapakah yang membuatmu bahagia ketika itu? Di dalam hati ini mula rasa cemburu..
Beberapa hari selepas itu , aku menrima sms darimu yang mengatakan kau rindu padaku.. Gembiranya hati ini hanya Allah yang tahu.. Pada masa yang sama , engkau mengajakku bertemu di malam itu juga kerana risau selepas ini susah untuk bertemu seperti biasanya dan katamu sibuk dengan kerja yang kian tidak menentu waktunya .. Aku cuba memahami apa yang kau katakan padaku dan cuba memikirkannya secara positif. Aku tidak minta terlalu banyak perhatian cuma sekadar menjaga perasaanku ..Aku cuba luahkan apa yang aku pendamkan di dalam hati dan aku harap sangat kau fahami apa yang aku rasa tatkala kau tiada..
Selepas itu , kau memandangku dengan penuh rasa bersalah..Aku tahu kau mulai menyedari apa yang kau lakukan terhadapku sebelum ni .Kemudian kau memohon maaaf kepadaku dan mengatakan engkau akan berubah dan akan menjaga perasaanku seperti sedia kala .. Aku tersenyum dengan kata-katamu. Aku rasa bahagia. Aku rasa tenang.. Dalam hati aku berdoa semoga Allah mempermudahkan urusan kita , dan kekalkan kebahagiaan ini sehingga penghujungnya.. Amin!
Tapi itu semua hanya sementara kerana engkau sekali lagi berubah.. Aku dapat rasakan kau cuba menjauhkan diri daripadaku dan aku cuba memintamu beri penjelasan apa yang berlaku kerana aku tidak tenang dengan sikapmu itu.. Aku dapat rasakan kau menyembunyikan sesuatu daripadaku.. Apa yang kau cuba sembunyikan??? Itu yang bermain difikiranku...
Akhirnya... kau menceritakan apa yang berlaku..Katamu.. engkau sudah berkahwin dengan seorang perempuan yang menjadi pilihan ibu ayahmu.. Hancurnya hati aku tatkala mendengar luahan hatimu itu..Aku terkedu seketika dan memikirkan apa salah diriku ini sehingga kau sanggup berbuat demikian..Aku merasakan diriku ini sedang diperbodohkan olehmu...
Engkau cuba memberi penjelasan agar aku memahami keaadaan yang sebenar dan cuba menenangkan aku yang sedang menangis...Katamu lagi pilihan keluarga harus dituruti oleh sebab yang tertentu dan bukan kehendakmu untuk memperisterikan perempuan itu.Aku faham dan tahu engkau tidak mahu menjadi anak yang derhaka kepada ibu bapa..Aku tahu kau buat ini semua untuk ibubapamu dan bukan kerana keinginanmu..Aku tahu kau terlalu menyayangi diriku dan kau menyedari keputusan yang kau lakukan ini akan melukakan hatiku sedangkan masa yang sama kau tidak mahu aku terluka..
Aku cuba memahaminya.. Aku cuba menerima keadaan ini...Aku cuba ikhlaskan hatiku...Aku cuba untuk merasa tidak terluka...tapi sayangnya aku tetap merasakannya..Aku cuba menjauhkan diriku .. Aku cuba buang rasa rinduku ini...Aku cuba hilangkan sisa-sisa cinta dihatiku...
Itu semua amat sukar untuk aku lakukan...Aku cuba menenangkan hatiku dengan bersujud dan berdoa kepada Allah supaya kuatkan hatiku yang terluka , tabahkan hati ini untuk teruskan perjalanan hidup yang akan datang..Dan aku sedar ini adalah ujian Allah kepada hambanya.. Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya..
Aku pernah terbaca satu kata-kata sebegini...Tuhan mengizinkan kita disakiti , agar esok kita tahu cara untuk
mengubati orang yang terluka...Tuhan buat kita menangis, agar kita mampu menghiburkan orang yang bersedih...Tuhan menjadikan kita manusia dengan kelemahan dan kelebihan , agar kita sedar dan tahu bahawa dengan hanya BERDOA dan BERUSAHA , Tuhan akan menjadikan segalanya indah pada waktunya...
Aku mula menyedari pada hakikatnya kau bukan untuku lagi.. Aku ikhlas melepaskanmu walaupun cinta di hatiku masih berpaut..Di setiap sujudku , akan ku doakan kebahagiaan untukmu bersama pasangan mu..
Amin!
" Ya Allah , aku mohon kepada Mu kebaikan dan segala
kebaikan yang ada padanya dan aku berlindung pada Mu dari
keburukan dan segala keburukan yang ada padanya.."
No comments:
Post a Comment