Sunday, July 12, 2015

you


I love you enough to fight for you, compromise for you and sacrifice myself for you if need be. Enough to miss you incredibly when we're apart, no matter what length  of time it's for and regardless of the distance.
Enough to believe in our relationship, to stand by it through the worst of time to have faith in our strength as a couple and to never give up on us.
Enough to spend the rest of my life with you, be there for you when you need or want me and never, ever want to leave you or live without you.

* i love you this much

Saturday, July 11, 2015

Ketika Harus Melepaskan


Jika boleh memilih, 
letakkanlah cinta Allah  kukuh 
dihati...
genggamlah cinta manusia
hanya di tangan..
kerana kelak andai terlepas
sakitnya tidak terasa dihati....

Akan tiba di mana saatnya kita
harus berhenti mencintai
seseorang....
bukan kerana kita berputus asa
untuk mencintainya,
tetapi kerana kita menyedari 
bahawa ada insan lain yang 
lebih mencintainya...

dan kita merasakan
bahawa insan yang 
kita cintai itu akan 
lebih bahagia apabila
kita melepaskannya ..

jika Allah tidak 
memberimu seseorang 
yang kamu impikan,
moga DIA menghadirkan 
seseorang yang 
mengimpikanmu...

bila Allah tidak 
memberimu seseorang 
yang kamu rindukan,
semoga DIA meenghadirkan 
seseorang yang
merindukanmu...

Cinta itu adalah tanggungjawab 
ianya perlu dirancang dan
dilaksana sebaik mungkin,
cinta itu adalah fitrah,
setiap manusia memiliki fitrah untuk 
mencintai dan dicintai
tapi cinta itu hendaklah dibina
atas dasar keimanan...

Cinta itu anugerah Allah,
tersimpul padanya ikatan
kasih sayang ..
namun andai terpaksa kita 
lepaskan, 
ikhlaskanlah hati pada setiap 
perkara yang Allah
takdirkan...




Ketika harus melepaskan......

Selamanya bukan milik kita
pasti kembali pada
Yang Maha Pencipta
Moga terima dengan redha   :')






" Mencintai seseorang itu
   seperti mendaki gunung,
   makin lama makin jauh dan makin
   tinggi...
   bila sampai kemuncaknya alangkah 
   terasa bahagia,
   namun pabila jatuh ,
   sakitnya amat terasa... "


mencintai tak bererti
memiliki...

maafkan hati  :')

Kerana Saya Seorang Perempuan


Lumrah sifat saya terkadang dalam kasar ada lembutnya
dalam sombong ada belasnya
dalam marah ada sayangnya
dalam benci ada kasihnya
dalam diam ada rindunya
dalam hati ada cintanya

Kerana Saya Seorang Perempuan...
saya menjadi isteri disisi suami
saya menjadi ibu dihati anak-anak
saya menjadi yang terbaik untuk keluarga
menjaga maruah dan harga diri segalanya untuk DIA
pemberi nikmat dan pemilik segala hati

Kerana Saya Seorang Perempuan...
perlu ada jarak antara kita
saya tak sempurna
kerana fitrah insan yang bernama manusia
tidak lari dari rasa jatuh cinta
namun perlu ada batas agama
selagi belum halal menjadi milik kita

Kerana Saya Seorang Perempuan...
jangan bagi hati awak pada saya dulu
sentiasa doa
serahkan hati pada Allah yang satu
insyaallah.. ada jodoh ada restu
hati dan cinta kita kan bersatu
sabarlah duhai hati
semoga ukhwah mahabah hingga ke jannah. :)

Friday, July 10, 2015

Duhai Hati Yang Resah

PERJALANAN HATI


Tuhan dengarkanlah hatiku
Hambamu yang lemah ini
oh Tuhan bantulah aku
menerima ujian dariMu

Tuhan kuatkan lah aku
hambaMu yang hina ini
berikanlah kekuatan hatiku
moga cintaku kepadaMu selalu

Perjalanan ini penuh berliku
Onak jua duri yang datang padaku
Moga ia akan tetap menjadikan ku
Sentiasa bersama Mu
Tuhan...

Tuhan..
Andai masih ku gagal
Untuk meneruskan hidupku
Teruslah membantuku
Sesungguhnya aku ingin selamat
di dalam rahmatMu

Moga di hujung nanti manisnya kurasai
Hikmah tersembunyi dari sakit diuji
Moga ia akan tetap menjadikanku
sentiasa bersamaMU
Tuhan..


Saturday, June 20, 2015

IKHTIAR YANG PERTAMA APABILA SAKIT


Ada seorang doktor cuba buka klinik/rumah rawatan di Madinah/Mekah. Selama 6 bulan dia buka, tiada seorang pesakit pu yang datang untuk mendapatkan rawatan dengannya. Jadi dia pelik. Orang-orang di sini tidak pernah sakitkah ?

Akhirnya dia jumpa jawapannya....

Bila mana saja kami sakit.
Perkara pertama yang kami akan buat ialah solat dua rakaat dan memohon kesihatan dari Allah S.W.T. Insyaallah sembuh dengan izin dan kasih sayang Allah S.W.T

Kalau tak sembuh pergi pada cara kedua.
Iaitu baca Al-Fatihah 7 kali tiup pada air dan minum. Dan Alhamdulillah kami akan sihat.

Tapi kalau kami tak sihat juga. Kami akan pergi pada cara yang ketiga iaitu bersedekah.
Bersedekah dengan niat pahalanya dijadikan asbab penyembuh sakit itu. Dan insyaallah akan sembuh.

Kalau tidak sembuh kami akan pergi pada cara yang keempat iaitu solat taubat dan istighfar.
Sebab Nabi saw beritahu sakit ini salah satu asbab pengampunan dosa. Jadi kena banyak istighfar dan taubat.

Kalau tak sembuh juga baru pergi pada cara yang kelima iaitu madu dan habbatussauda.

Dan yang keenam iaitu tumbuhan dari bumi  seperti bawang putih, zaitun, halia dan lain-lain.

Friday, June 12, 2015

Inilah Ertinya Sahabat


Bukan mudah untuk kita memiliki seorang sahabat yang benar-benar setia dan memahami. Maklumlah, dalam dunia ini terdapat bermacam-macam ragam manusia yang sukar ditafsirkan.
Jadi, kalau tersilap pilih kawan alamatnya, meranalah diri kerana sahabat turut memberi pengaruh yang besar dalam kehidupan individu.
Di sini saya mahu kongsi sedikit sebanyak tips untuk mencari seorang teman sejati .

1-  Boleh berkongsi apa sahaja

Individu dari kategori ini sanggup mengenepikan krisis yang dialaminya demi seorang sahabat.
Tetapi jangan pula kita mengambil kesempatan atas kebaikan dirinya pula.


2- Memahami

Boleh menerima dan mendengar nasihat serta pandangan yang diberikan dengan hati yang terbuka.
Nasihat yang diberikan juga amat menyakinkan. Individu seperti ini wajar kita dampingi sebagai sahabat sejati.


3- Professional

Sedang kamu mengalami krisis percintaan, si sahabat datang menghampiri mu dan memahami situasi mu. Dia cuba memberi nasihat dengan meletakkan diri mu dalam dirinya.  Nasihat dan pandangan itu, ternyata tidak mempunyai unsur berat sebelah dan sekali gus tidak meletakkan kesilapan mana-mana pihak! jelaslah dia adalah sahabat yang perlu didampungi.


4- Jujur

Setiap kali ada yang tidak kena dengan penampilan, dia akan menegur dengan bijak. ternyata dia inginkan kamu " cantik " sepanjang masa.Dari teguran dan komen yang diberikan itu ternyata membina. Kamu boleh menerima dengan hati yang terbuka.






Monday, May 4, 2015

Isteri



Suami yang bijak adalah orang yang mahu menerima segala kekurangan yang ada pada isterinya. Ia menyedari bahawa tidak ada wanita yang sempurna yang boleh memenuhi semua harapannya. Inilah salah satu kunci tercipta kehormonisan rumah tangga yang layak dimiliki setiap suami.

Ada pepatah mengatakan " tak ada gading yang tidak retak " tidak ada manusia yang sempurna.
Kenyataannya memang begitu,siapapun dia selama dia digelar anak manusia entah wanita ataupun lelaki pasti ada kekurangan.Tidak ada yang sempurna dalam segala sisi. Memang ada manusia yang mempunyai banyak kelebihan tetapi hanya sedikit.


Sunday, May 3, 2015

Luahan Hati Seorang Anak Terbuang


Assalamualaikum .. korang :-)


Dalam banyak-banyak sperma yang berebut masuk dalam ibu saya, saya telah terpilih untuk diberikan nyawa. 
Sungguh tiada perkataan lain yang mampu saya ungkap melainkan, " saya sungguh gembira..."
9 bulan lagi saya dapat melihat dunia.
Oh, dari kata-kata yang kedengaran dunia itu indah, dunia itu cantik, dunia itu sungguh meriah dengan sorak-sorak manusia. Sungguh 9 bulan amatlah lama bagi saya. Tapi... tak apa penantian yang panjang bakal memberikan saya satu kenikmatan kelak. Saya percaya itu.
Hari ini saya rasa ibu baru perasan saya telah wujud dalam perutnya. Saya dengar doktor baru bagitahu ibu tadi. Semalam ibu sakit perut.


Ingin sekali saya jeritkan  kepada ibu, " maaf ibu, sebab saya ibu terpaksa sakit perut segala..."
tapi apakan daya mulut saya belum terbentuk sempurna.
Tapi kan , saya sungguh pelik.
Kenapa ibu baru keluar dari bilik doktor wajah ibu murung ?
Tadi saya ada lihat ada ibu yang lain masuk, saya lihat dia tersenyum gembira bila tahu dia punya bayi dalam perut.
Oh, saya faham mungkin ibu masih sakit perut agaknya...


Malam ni ibu tidur lewat.
ibu tunggu ayah barangkali.
Mesti ibu nak bagitahu ayah pasal saya kan ?
Sebab ibu duduk di taman permainan berhampiran dengan rumah kita di waktu malam.
Ibu...... saya sejuklaa..
Tapi saya tahu sebentar lagi saya bakal dicium oleh ayah.
Tak apa.. saya rela bersejuk.
Sampai pukul 2 pagi baru ayah datang.
Dah banyak kali ibu kena ngorat dengan mat-mat rempit . Kelakar la dorang ni, ibu saya dah kawin la wehh.. dah ada saya dalam perut, mana boleh ngorat.


Tapi saya faham.. ibu saya kan cantik.  Macam saya jugak la.
Bila ayah sampai muka ibu cuak-cuak. Saya tahu ibu saja berlakon muka cuak, ibu kan nak buat surprise.
Romantiknya ibu ayah saya!!!

Mesti saya akan disayangi bila keluar nanti....

Eh.. berangan pulak. Saya tak dengar apa ibu dengan ayah sembang.
Tiba-tiba saya rasa ayah tepuk perut ibu.
Bergegar saya dalam perut ibu.
Apa ni ayah.... sakitlaa... 
Belai la saya, saya teringin nak ayah cium saya.
Saya dengar ibu dengan ayah bercakap kuat.
Tapi laju sangat butir bicaranya, macam mana saya nak faham.
Tiba-tiba ibu jatuh terbaring.


Ayah tolak.
Aik ,takkan dorang nak romantik kat sini kut ?
Ganasnya ibu ayah saya.
Tiba-tiba saya terasa sakit. Ayah pijak perut ibu.
Adoii sakitnyaa!!!


Ayah pijak kuat, ayah tendang-tendang, saya dengar ibu menangis dan cakap," baby sayang bayi ni abang, jangan buat macam ni, jom laa kita kawin...."
Ayah tendang dan terus tendang, sampai saya rasa dunia saya gelap.
Yelaaa.. saya pening disepak terajang.
Tapi kenapa ayah buat saya macam ni.
Kenapa ibu dengan ayah belum kawin lagi...
Kenapa...............


Lepas dari hari tu saya tak pernah  jumpa ayah lagi.
Ibu pulak dah tak duduk dengan atuk dan nenek.
Ibu duduk dengan kawan dia.
Aunty Myra kut nama dia.
Saya tak suka la aunty tu hari-hari suruh ibu minum air nenas.
Saya sakit tahu bila ibu minum air nenas ??
Tapi... ibu sayang saya.
Jarang sangat la ibu minum . Selalu dia buang dalam sinki bila aunty tu dah pergi kerja.
Tapi saya pelikla.. ibu hari-hari menangis.
Pegang fon, tekan-tekan, sms kut, then menangis.
saya tak faham la kenapa.
kenapa yer korang ???


Makin lama, saya makin besar.
Ibu dah tak pernah keluar rumah.
yer la.. saya kan berat. Kesian ibu angkat saya berat-berat.
Jadi, ibu hanya duduk dalam rumah, masak sikit-sikt, tengok tv, menangis dan tidur.
Saya pelik la dengan ibu tak pernah berhenti menangis.
Mungkin saya berat sangat kut.. Maaf yer ibu...


Nanti saya dah besar, saya jaga ibu balik yer.. Saya janji ibu....
Oh saya terlupa nak cerita, hari tu ayah saya datang. Dia tengok ibu.
Dia cakap nanti kalau dah bersalin bagitahu dia.
Rupanya ayah sayangkan saya. Tapi mesti ayah kerja jauh. 
Mungkin hari tu ayah penat lalu tersepak ibu.
Sukanya saya...


Saya ingat ayah benci saya tadi. Ayah ni pandai bergurau la.
Tapi ayah tak duduk lama pun. Ayah cuma masuk, minum air oren ibu bagi dan pergi.
Ayah tak pegang pun saya.
Mungkin ayah nak pegang saya secara life kut.
Tak seronok la pegang beralas perut. hehehe
Dan akhirnya, satu hari tu saya dah tak sabar sangat.
Saya rasa saya dah cukup lama duduk dalam perut ibu.
Saya rasa saya nak keluar. Saya dah hint ibu banyak kali dah.


Saya tolak-tolak ibu, tapi kenapa ibu masih terbaring atas katil?
Kenapa ibu tak pergi hospital ?
Ibu saya nak keluar nii...
Ibu mengerang dan meneran kuat.


Saya nampak aunty Myra duduk tepi katil dan biar ibu terus meneran dan keluarkan saya.
Aunty Myra call ayah kut, sebab saya dengar , " lekas la datang, awek kau dah bersalin ni..."
Dan perlahan-lahan saya pun keluar.
Kesian ibu, banyaknya darah keluar, mesti ibu sakit kan ?
Maafkan saya ibu, lahirnya saya dah banyak susahkan ibu.
Saya janji ibu , lepas ni saya akan jadi anak yang baik.
Itu janji saya pada ibu.... dan ayah.
Aunty Myra letakkan saya dalam kain batik.
Apa la aunty mandikan la saya. Tak seronok la ada darah-darah ni.
Nanti ayah nak datang, nak peluk, nak cium saya.
Ibu dah la terbaring sakit. 


Wahhh ... indahnya dunia...
ada kipas, ada lampu, ada langsir bunga-bunga.
Akhirnya saya keluar juga.
nanti bila saya dah pandai jalan saya nak terokai dunia, saya nak tengok puas-puas.
Tiba-tiba ayah datang.
ibu cakap," abang.. itu anak kita abang.."
ibu tersenyum dalam sakit.
ayah angkat saya laju-laju.
Rakusnya ayah ni, tahu la tak pernah jumpa saya.. hehehe
ayah bawak saya keluar rumah.


Ayah bawa saya naik motor, letak saya dalam raga motor. Lajunya ayah bawa.
Ayah saya sejuklaa.. Pakaikan lah saya baju.
dan dalam pekat malam, saya nampak lampu-lampu dunia, saya nampak kereta, motor.
tapi ruang yang terbuka cuma kecil.

Ayah tutup saya dengan beg kerjanya.
Sayang juga ayah kepada saya, mungkin takut saya kesejukan.
saya kira ayah rushing-rushing ni nak bawa saya jumpa atuk.
Tak sabarnya dipeluk, dicium. dan ayah tiba-tiba berhenti di satu rumah flat.
Mungkin atuk dan nenek saya duduk sini.
ayah bawa saya naik atas guna tangga.


Kenapa tak guna lif ayah ? saya kan berat. kesian ayah.
Nanti saya balas jasa ayah yer...
sampai tingkat atas sekali, ayah berhenti tepi tangga.
sunyi tempat tu.
Mungkin ayah nak azankan saya. Romantik laa azan pun nak tempat yang sunyi.
ayah ni kan.....
ayah balut betul-betul guna kain batik aunty Myra tadi.
ayah ikat semua sekali.
Sampai saya tiada ruang bernafas.


Ayah... beri saya ruang udara, nanti saya matila ayah.
Saya belum balas jasa ibu dan ayah lagi.
saya belum ucap terima kasih pada ibu lagi.
saya belum jumpa atuk nenek saya lagi.
saya belum puas tengok dunia lagi.
Ayah................


dan saya rasa saya tercampak jauh.
berlegar-legar sebentar sebelum terus jatuh mencium tanah.
sempat saya melihat kereta, anjing, tong sampah, lampu oren, pokok 
dan sampai ke tanah...........
Mungkin saya ditakdirkan untuk hidup hanya setakat ini.
Tepat jam 3 pagi , saya menghembuskan nafas saya yang terakhir saya, di tepi tong sampah, dihurung anjing.
Kepala saya pecah, badan saya juga hampir lunyai.

OH.. AYAHKU.............
APA SALAH SAYA ?
KENAPA INI NASIB SAYA ?
AYAH TAHU BUKAN BETAPA TERINGIN SAYA HIDUP MELIHAT DUNIA ?
BETAPA INGIN SAYA HIDUP MEMBALAS JASA ?
BETAPA TERINGIN SAYA BERLARI KE PELOSOK DUNIA ?
BETAPA SAYA TERINGIN PANDANG WAJAH IBU, AYAH DAN RAKAN-RAKAN SAMBIL HIDUP BAHAGIA ?

Ayah....sungguh kalau saya tahu ini nasib saya, sedari dalam perut saya telan racun!
Sekurang-kurangnya saya tak mati disisi anjing.
Saya tak sakit dibaling seperti sampah.
Saya tak jijik dan hina seperti saya ketika ini.
Mungkin... tanggapan saya terhadap dunia salah sama sekali.
Jika diberi peluang untuk hidup sekali lagi, tidak mungkin saya kembali.
Ayah................ Ibu.............
Semoga kalian insaflah didunia sana.
Kita kini didunia berbeza.


     







Tuesday, April 28, 2015

Sekeping Hati


Suatu ketika, seorang pemuda tampan berdiri di tengah-tengah kota dan mendakwa bahawa dia memiliki sekeping hati yang paling cantik. Lalu diangkat setinggi yang boleh agar kilauan dari hati yang indah itu dapat dilihat oleh orang lain di sekitarnya.

Tersebar bicara kekaguman orang ramai. Sememangnya hati pemuda itu, tiada cacat celanya. Tidak carik walau sedikitpun. Permukaanya licin sempurna. Warnanya juga segar dan menyerlah pesona seorang anak muda.

Pemuda tampan itu mulai merasa bangga dengan pujian yang diterima. Sorakannya semakin kuat mewar-warkan betapa indah sekeping hati yang dimilikinya.

Tiba-tiba di tengah-tengah keriuhan itu, muncul seorang tua. Langkahnya perlahan menuju ke arah pemuda tampan. Lagaknya, seolah dia mahu membicarakan sesuatu.

"Wahai anak muda, mengapa kulihat hatimu hampir tidak seindah hatiku ?"
Orang tua tersebut bertanya dalam nada suara yang agak lemah tapi penuh  keyakinan. Orang ramai dan si pemuda mulai mengerumi orang tua.

Mereka mendengar degup yang kuat tercetus dari hatinya, tetapi hati itu dipenuhi luka. Di satu sisi, kelihatan permukaannya bertampal-tampal. Ada potongan hati yang diambil dan potongan yang lain dimasukkan ke dalamnya, tetapi kelihatan tidak berpadanan. Pada sudut yang lain, terdapat pula beberapa tanda patah. Bahkan, di beberapa tempat, terdapat lubang yang dalam, dimana seluruh bahagian permukaanya telah hilang.

Melihat itu, orang ramai saling berpandangan.

TERTANYA-TANYA
" Bagaimana orang tua ini boleh mengatakan bahawa hatinya lebih indah ?" fikir mereka.
Sementara itu, pemuda tampan tertawa.

" Tentu engkau bergurau, wahai orang tua," katanya

" Kalau dibandingkan hatimu dengan hatiku, apa yang aku ada ini adalah sangat sempurna, sedangkan kepunyaanmu begitu kurang sempurna dengan bekas-bekas luka dan air mata," katanya lagi.

" Ya, memang benar," jawab si tua penuh kesabaran.

" Kepunyaanmu adalah sempurna, namun aku tidak sesekali akan menukarnya dengan hatimu. Andai saja kau lihat wahai anak muda, setiap bekas luka di hatiku ini mewakili setiap seorang yang telah aku berikan cintaku buat mereka. Aku merobek sepotong hatiku dan memberikannya kepada mereka, dan setiap kali itu juga mereka memberiku sepotong dari hati mereka untuk mengisi tempat kosong di hatiku ini, tetapi kerana potongan-potongan itu tidak tepat, lalu menyebabkan ketidaksempurnaannya, bahkan ia kelihatan kasar dan tidak rata.

Namun aku tetap menghargainya, kerana pemberian mereka mengingatkanku pada cinta yang terbina bersama antara kami hanya kerana Ilahi."Panjang lebar bicara orang tua. Si pemuda tampan terpaku mendengar patah katanya.



" Kadang-kadang aku telah memberikan potongan hatiku, tetapi orang yang ku berikan potongan hatiku itu, tidak memberikan kembali sepotong hatinya kepadaku. Inilah yang mengakibatkan wujudnya lubang-lubang ini. Kau tahu wahai anak muda, sesungguhnya memberikan cinta adalah bermakna memberikan peluang dan kesempatan. Walaupun bekas robekan itu menyakitkan, ia akan tetap terbuka lantas mengingatkanku tentang cinta yang masih aku miliki untuk mereka. Dan aku berharap suatu ketika nanti mereka akan kembali dan mengisi lompong-lompong kosong yang sekian lama kutunggu-tunggu agar ia diisi.

Sekarang fahamkah engkau tentang kecantikan sejati ?" si tua mengakhiri kata-katanya.

Pemuda tampan itu terus terdiam. Dia menundukkan kepala dengan air mata mengalir di pipinya.
Dia menghampiri orang tua, mengambil hatinya yang sempurna, muda dan cantik itu dan merobek keluar satu potongan darinya. Dia menawarkan potongan tersebut kepada orang tua dengan tangan gementar.

Si tua itu menerima pemberian tersebut lalu meletakkannya pada hatinya dan kemudian mengambil pula sepotong dari bekas luka lama dihatinya dan menempatkannya untuk menutup luka di hati pemuda itu.

Sungguhpun, ia sesuai tetapi ia tidak sempurna kerana ada beberapa tanda patahan. Orang muda itu menatap hatinya yang tidak lagi sempurna tetapi kini lebih indah dari sebelumnya, lantaran cinta dari hati orang tua itu kini mengalir kepada hatinya. Mereka bergandingan dan berjalan bersama meninggalkan orang ramai terus terpaku dengan peristiwa menginsafkan itu.



Sunday, April 19, 2015

Inikah Hakikatnya...?


Jangan rimas bila seseorang call dan mesej bila kamu keluar dan lewat balik. Jangan marah bila seseorang sentiasa mahu tahu apa aktiviti kamu ketika dia tiada disisi kamu.
Tambahan pula kamu berdua duduk berjauhan.
Jangan marah bila seseorang asyik bertanya soalan walaupun kadang-kadang tu cuma soalan bodoh yang tiada erti apa-apa untuk kamu.
Jangan risau, jangan marah, jangan rimas....
Tetapi RISAULAH bila seseorang itu tidak lagi banyak bertanya, tidak ambil berat dan lebih suka kamu keluar biarpun berjam-jam lamanya.
Fikir-fikirkanlah... fikir masak-masak, kerana... tidak semua yang sanggup cari kamu semata-mata nak tanya " awak dah makan ?"... " awak tengah buat apa?".... " awak sayang saya?"..
Semua pertanyaan seseorang itu mungkin sama ada setiap hari sebab dia pun dah tak tahu nak tanya apa pada kamu sebab tak mahu berenggang dengan kamu.
Itu tanda dia ambil berat pasal kamu.
Bayangkan lepas dia tiada dari hidup kamu. Tiada soalan yang diberi. tiada deringan telefon. tiada mesej-mesej yang mencuit hati. tiada gurauan.
Masa tu baru kamu tahu, yang kamu perlukan dia. Dia je yang faham kamu. Dia je yang cinta kamu setulus hatinya selama ini. Dia sanggup habiskan kredit walaupun voice mail yang masuk.
sanggup habiskan masa demi kamu. 
Dia bersungguh sebab dia nak hidup bersama kamu bukannya dia nak permainkan perasaan kamu. 
Jadi hargailah dia sebelum terlambat. Ingat...
Tiada manusia yang sempurna dan tiada insan yang tak layak dapat kasih sayang...